11.30.2009

DIARI AZAM 03-Kembali semula ke Pusat Perubatan Universiti Malaya Kali yang Ke-3

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis semula memandangkan kesibukan kerja harian yang terlalu banyak. Tidak keterlewatan saya mengucapkan Kullu 'am waantum bikhair..Selamat hari raya Aidiladha kepada pengunjung blog ini, muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah.

Hari ni saya dan isteri kembali semula ke Hospital Perubatan Universiti Malaya membawa anak yang sulung Muhammad Azam berjumpa Dr Pakar. Masih terasa keletihan, saya isteri dan anak baru sampai di KLIA 3.00 PM  tadi, sebelum menaiki flight ke KL rasanya macam tidak sempat turut serta bersama-sama dengan isteri dan anak kerana saat-saat akhir tiket saya yang ditempah belum confirm. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah ta'ala dapat juga saya bersama-sama dengan isteri & anak dalam satu kapal dan sampai juga di KLIA alhamdullilah.

Dalam tahun ini sahaja sudah masuk kali yang ke-3 saya dan isteri membawa Azam berjumpa pakar di PPUM. Disamping tugas yang banyak, perhatian dalam menjaga kesihatan & perkembangan Azam kena diambil perhatian lebih, tugas-tugas harian tepaksa ditinggalkan buat sementara waktu.

   Muhammad Azam Baihaqi

Muhammad Yazid Adik kepada Muhammad Azam terpaksa ditinggalkan di kampung bersama dengan neneknya.





Muhammad Yazid





InsyAllah esok pendaftaran masuk wad Azam  di PPUM, mudah-mudahan kali ini tidaklah memakan masa yang lama Azam di PPUM. Sebagai ayah &ibu kepada azam doa sentiasa tidak putus memohon kepada Allah agar Azam sembuh &sihat seperti anak-anak yang lain  InsyaAllah..

11.19.2009

BERMINAT MENGIKUTI KURSUS PERUBATAN ISLAM BERSIRI


Professional IslamicSupport And Norture Group (PISANG) Sabah
Dengan kerjasama

Yayasan Amal Malaysia Cwg. Sabah

Akan Mengadakan kursus perubatan Islam secara Bersiri yang

akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Darus Syifa Kuala Lumpur.

Syarat-syarat pengambilan peserta ialah melalui proses perbincangan/temuduga.

Tarikh temuduga peserta ialah pada ketetapan berikut:

-----------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh:

21.11.2009


(Sabtu)

Tempat:

Pej. Yayasan Amal Malaysia Cwgn Sabah, Tmn. Pasir Putih


Putatan K.Kinabalu


Masa:

8.30 A.M - 12.30 P.M


2.00 P.M - 05.00 P.M

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat-syarat utama:

1. Boleh membaca Al-Quran

2. Mesti menamatkan semua modul (92 jam)

Sesiapa yang berminat, sila hadir dalam sesi perbincangan/temuduga.

Atau menghubungi penama berikut:



1.Ust Rozhan Yacub (016-8484512)

2.Ust Azman Jupri (016-8307944)

3.Mohd Wafi (0168184774)

4.En. Janis Abdullah (0138693148)

Mereka yang berjaya akan dihubungi melalui SMS, telefon atau surat



11.11.2009

Baja Organik Adalah Baja Semulajadi






Alhamdullilah, pada 8.11.09 ahad baru-baru ni, saya dan sahabat saya ust Ridhuan di amanahkan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah untuk mengendalikan program Amal di Kg. Rokum Pitas, Sabah. Kami hanya berdua sahaja yang akan mengendalikan program pada kali ini. Kami bertolak daripada Kota Kinabalu pukul 8.30 am dan sampai pada jam 11.30am.  Masa perjalan  kami ke Kg.Rokum Pitas memakan masa lebih kurang 3 jam, dengan keadaan jalan yang sedang dalam pembaikan melambatkan perjalan kami untuk sampai di distinasi yang dituju.


Sesampai kami di Kg.Rokum pada pukul 11.30am, kami telah disambut oleh penduduk Kg Rokum Pitas. Kegembiran yang terukir diwaja penduduk kampung meringankan lagi kepenatan kami yang sedia ada, mana tidaknya perjalan yang memakan masa 3 jam untuk sampai ke distinasi cukup letih juga dibuatnya, cum bukan saya yang memandu penat agak kurang sedikit :) . Alhamdullilah kami tidak berdua, ada 3 orang sahabat Yayasan Amal daripada pitas yang datang untuk membantu bagi melancarkan Program Membuat baja Organic.

Langkah-langkah berikut untuk menghasilkan baja Organic/Baja Kompos, yang mana apabila siap pemprosesannya akan digunakan sebagai baja sayur-sayuran, buah-buhan dan lain-lain.Bersih daripada bahan kimia kerana kita mengunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekeliling kita.



Langkah Pertama


Bahan-bahan Semulajadi Seperti Rumput Hidup/kering Dan Tanah



Langkah Kedua/ Buat lubang Untuk Meletakkan Tiang kayu .





Langkah Ketiga / masukkan Tanah, Rumput lalang hidup dan Rumpu lalang Kering

Langkah Keempat/ Dipijak-pijak supaya mampat


Langkah Kelima Siap dimampatkan


Langkah Keenam /Cabut Batang kayu tadi utk memudahkan pengudaraan masuk,Elakkan air masuk kedalam.Selesai


Bergambar kenangan bersama Penduduk setelah Selesai Kerja Penghasilan Baja Organic

Hasil daripada kerjasama penduduk Kg Rokum alhamdullilah akhirnya selesai juga proses pembuatan baja organic/Kompos. Baja yang dibungkus dengan plastik tadi memerlukan tempoh masa sebulan dan selepas itu barulah plastik tersebut akan dibuka. Selepas sebulan dibungkus dengan plastik ia akan menghasilkan Baja Organic yang boleh digunakan. Kesinambungan daripada campuran tanah,rumput lalang hidup dan rumput lalang kering akan menghasilkan baja Organic yang berwarna hitam hasil daripada pembukusan dengan plastik tadi. Selain daripada rumput lalang kita juga boleh mengunakan rumput-rumput yang lain, cumanya hanya daun pokok acsia sahaja yang tidak boleh digunkan bagi menghasilkan Baja Kompos. Kepada yang ingin mencuba, cuba-cubalah kerana sangat besar nikmat kejadian yang ada dipesekitaran kita yang manusia tidak menghargainya. Semoga kita menjadi hamba-hamba yang besyukur.

SELAMAT BERAMAL



11.08.2009

Kesabaran Nenek Tua Menjual Tempe

Sebut sahaja perniagaan semua akan terfikir perniagaan adalah satu aktiviti yang menarik dalam menjana pendapatan hidup dan mendatangkan keuntungkan. 9/10 datangnya daripada perniagaan, kerana perniagaan tidak sama seperti orang yang makan gaji dengan majikan.

Perniagaan adalah aktiviti yang mulia disisi agama, jika dibuat dengan jujur dan amanah dalam urusan jual beli. Perniagaan adalah bidang yang telah diceburi oleh Nabi saw ketika baginda masih muda lagi, sifat jujur dan amanah yang telah diperlihatkan oleh Nabi saw kepada kita ketika mana Siti Khadijah hartawan Quraisy ketika itu mengamanahkan kepada baginda Nabi saw untuk membawa perniagaan beliau ke bumi Syam. Dengan sifat jujur dan amanah yang telah ditonjolkan Nabi saw maka hasil perniagaan Siti Khadijiah habis terjual. Maka kita seharusnya pada hari ini mengambil pengajaran dan contoh daripada sifat Nabi saw dalam berniaga.

Jauhilah sifat bohong didalam berniaga, dan ia tidak akan mendatangkan kebaikkan sedikitpun walaupun keuntungan yang kita perolehi berlipat kali ganda. Kepada yang ingin memulakan perniagaan pasanglah niat dengan betul  sebelum memulakan apa jua perniagaan yang kita ceburi bagi mendaptkan keberkatan daripada Allah swt. Sifat jujur, amanah, tidak berputus asa, rajin dan gigih harus ada pada setiap peniaga. Jangan kita berputus asa jika  perniagaan kita jatuh atau tidak ada sambutan daripada pelangan, berusahalah memantapkan strategi perniagaan, kembangkan networking perniagaan dan bertawakal kepada Allah yang pemberi rezeki. Jatuh bangun dalam perniaga adalah asam garam yang pasti dirasai oleh semua yang berkecimpung didalam perniagaan. Jadikan ia sebagai motivasi diri agar kita tidak berhenti sekerat jalan.

Saya ingin kongsikan cerita seorang nenek tua yang menjual tempe, setiap hari nenek tua tesebut akan menjalankan aktiviti perniagaanya menjual tempe di pasar. Setiap hari tempe nenek tua akan habis dibeli oleh pelanggan-pelanggan di pasar. Satu ketika sebelum nenek tua itu mahu turun ke pasar untuk menjual tempenya, didapatinya tempe yang mahu dijual tidak masak lagi, masih dalam keadaan yang belum masak. Nenek tua itu turun juga ke pasar, didalam perjalannya nenek tua itu berulang kali melihat tempenya tetapi tempe tersebut tidak juga masak-masak. Nenek tua itu berdoa kepada Allah agar tempenya  dapat masak untuk dijual, kerana itulah sahaja hasil rezekinya setiap hari. Nenek tua itu menyerahkan kepada Allah segala kesulitan yang menimpa dirinya pada hari ini. Apabila sampai ke pasar nenek tua tersebut melihat semula tempenya namun begitu tempe itu tidak juga masak-masak. Rasa susah hati nenek tua itu semangkin tinggi mana tidaknya kalau tempenya tidak dapat dijual maka keperluan harinya seperti beras, gula dan lain-lain tidak akan dapat dibeli untuk dibawa balik kerumah.


Dalam keadaan gelisah yang amat sangat tidak semana-mana seorang ibu muda ingin mencari tempe yang tidak masak. Ibu muda itu bertanyakan kepada nenek tua itu adakah nenek menjual tempe yang tidak masak ? nenek tua itu merasa gembira kerana ada juga orang yang menginginkan tempe yang belum masak. Ibu muda itu ingin mengirimkan tempe yang belum masak itu  kepadanya anaknya yang belajar di luar negara. Sebabnya kalau tempe yang belum masak dikirimkn ke luar negara ia  memerlukan masa berhari-hari untuk sampai maka apabila tempe itu sampai ia akan masak. Tanda syukur dan gembira terukir di waja nenek tua itu kerana Allah telah memakbulkan doanya hasil daripada sifat sabar dan pengharapannya yang tinggi kepada Allah.

Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita nenek tua itu ialah sifat tawakal dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah. Walaupun berniaga tempe sahaja nenek tua itu tidak merasakan yang menjual tempe kerja yang hina malahan ia menjadi hasil rezkinya setiap hari. Sifat sabar yang ada pada nenek tua itu harus diambil contoh kepada peniaga-peniaga yang sedang menjalankan perniagaan atau yang mahu berjinak-jinak dengan perniagaan..  selamat berniaga bagi yang ingin memulakan perniagaan.