8.30.2009

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ZIKIR KEPADA SI PENGAMAL ZIKIR

Assalamualaikum wbrt

Bismilla...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Keutamaan zikir

Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala

Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)

Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.”

(al-Ahzab: 41)

Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)

“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.”

(an-Nisa’: 103)

Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.

Allah berfirman:

Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”

(al-A’raf: 205)

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sama-samalah kita amalkan ..InsyaAllah..

8.24.2009

KELEBIHAN RAMADHAN JANGAN DISIA-SIAKAN


Dengan Nama Allah Pengasih dan Penyayang..

Alhamdullilah, kita telah masuk kepada hari yang ke-3 didalam melaksanakan ibadah puasa. Kelazatan beribadah masih sejuk rasanya, semestinya bagi orang-orang yang mencintakan bulan Ramadhan tidak akan membuang waktu dan peluang yang ada. Ganjaran yang Allah ta'ala berikan begitu besar nilainya. Setiap satu pahala Allah SWT akan gandakan 700 kali ganda upah yang kita dapat. Cuba kita bayangkan, sekiranya Allah taala berikan kita ganjaran tersebut sewaktu didunia 1 pahala Allah taala berikan kita RM700. Nascaya berebut-rebut kita mencari amalan didunia semata-mata inginkan ganjaran daripada Allah. Pastinya orang-orang yang mengetahui akan kelebihan bulan Ramadhan tidak akan mensia-siakan waktu yang ada.


Kelebihan bulan Ramadhan adalah hadiah daripada Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Rebutlah peluang akan kelebihan bulan Ramadhan, yang mana bulan Ramadhan adalah bulan yang istemewa yang tidak perneh diberikan kepada umat sebelum ini.

Dengan kelebihan yang terkandung didalam bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW telah banyak menjelaskan didalam hadisnya agar merebut kelebihan dan kehebatan bulan Ramadhan .


Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)


Sama-sama kita renungkan..

8.23.2009

ETNIK UIGHUR MENANGIS TANPA BANTUAN DUNIA ISLAM

Pertumpahan darah yang berlaku di Xianjiang baru-baru ini tidak begitu mendapat perhatian luas kepada dunia Islam. Dimanakah perginya negara-negara Islam yang lantang besuara bagi membantah pembunuhan beramai-ramai umat islam Uighur. Perjuangan dan penindasan yang dihadapi oleh umat islam Uighur bukan baru. Sudah berlanjutan hampir lima dekat dan mungkin juga ada dikalangan kita yang tidak mengatahui akan keujudan komuniti Islam Uighur yang besar di wilayah terpecil di Asia tengah ini sehinggah tercetuslah rusuhan bedarah yang mengakibatkan kematian dan kecederahan .

Negara yang lantang bersuara ialah Turki. Iran, Pakistan membisu tanpa tindakan. Malaysia dimanakah suaramu? cukup sedih dan kecewa dengan negara-negara Islam yang maju dalam memeberikan tekanan kepada kerajaan China. Wahai pejuang-pejuang Islam!bangunlah daripada tidur, lihatlah saudara-saudaramu yang di bunuh dengan sewenag-wenagnya. Dimanakah Khalid Al-Walid? dimanakah Salahuddin Al-Ayubi? Menitis air mata melihat saudara-saudara Islam kita di tindas dan di bunuh.

Layanan yang buruk diberikan kepada umat Islam Uighur oleh kerajaan China telah berlaku sewaktu pemerintahan Mao Zedong lagi. Dasar yang diamalkan oleh kerajaan China dalam penindasan politik,budaya, ekonomi, dan agama menyebabkan Umat Islam Uighur bangkit besuara, agar rintihan dan luahan mereka dapat di dengar oleh kerajaan China. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya, tentera dikerahkan untuk menyuraikan perhimpunan dengan menggunakan kekerasan yang mengakibatkan kecederahan dan kematian.

Saudara-saudaraku budiman, kita haruslah melihat kejadian yang berlaku ini memberikan kesedaran kepada kita dan umat Islam diseluruh dunia untuk bangkit menyuarakan kezaliman yang berlaku. Bukan sahaja umat Islam Uighur tetapi juga di bumi Palastin, Chechan, Iraq, mindanau Filifina dan diseluruh dunia amnya

Wanita, orang tua, anak kecil tertindas diatas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap umat Islam Uighur di China. Apa yang sewajarnya kita lakukan dan apa peranan kita sebagai umat Islam? kemampuan kita mungkin terbatas. Sempena keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, cukuplah kita menadah tangan kepada Allah SWT agar memberikan kemenangan kepada Umat Islam Uighur, umat islam di Palastin dan di seluruh dunia. Setiap kali kita menadah tangan jangan dilupa saudara-saudara kita yang tertindas hasil daripada tangan-tangan golongan yang membenci Islam..

Islam pasti gemilang..

8.22.2009

Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa

Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Allah Raball A'lamin, yang memberikan peluang kepada kita untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan selamat melaksanakn ibadah puasa kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini.

Hadapilah malam-malam Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan, kemungkinan tahun hadapan belum pasti bertemu lagi. Bangunlah dan menagislah kerana Allah, kerana titisan air mata yang jatuh itu akan menjadi saksi dihadapan Raja hari pembalasan. Yang mana hari tersebut tiada siapapun berupaya menyelamatkan dirinya, melainkan amal soleh kita sewaktu di dunia. Perlu diingat sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, jangan kita lupa pada anak yatim. Sesungguhnya Nabi SAW amat mennyayangi anak-anak yatim, bantulah saudara-saudara kita yang fakir dan miskin. Semoga kita mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.

Banyakkanlah berdoa, sesungguhnya doa pada bulan Ramadhan adalah doa-doa yang dimakbulkan oleh yang Maha pengasih dan penyang. Tadahlah tangan, doakan saudara-saudara kita di bumi palastin,uyghur (Xinjiang, China)dan di seluruh dunia. Semoga mereka tabah, sabar dan terus berjuang bagi membebaskan tanah tumpah daripada kekejaman musuh-musuh Allah.

Selamat Berpuasa..

8.19.2009

Marhaban Ya Ramadhan

Islamic Greeting Card by <span class=


Assalamua'laikum..

Selamat bertemu Ramadhan Al-mubarak yang hampir tiba, penuhilah Ramadhan dengan aktiviti Ibadah dengan hati yang ikhlas kepada Allah.

Para wali-wali, orang soleh menangis apabila Ramadhan akan berakhir, tetapi kita umpama mengakhiri bulan Ramadhan dengan perasaan yang biasa, apatah lagi Aidilfitri kunjung tiba untuk disambut semeria-merianya. Saudara-saudaraku sekelian, tempuhilah bulan Ramadhan yang akan kita diami ini dengan bersungguh-sungguh semata-mata inginkan redha Allah. Perbanyakkanlah bacaan Al-quran, solat sunat, bersedekah dan seumpanya. Janganlah hanya bulan Ramadha sahaja kita bersungguh melakukan Ibadah, tetapi bulan-bulan yang lain kita tidak menghayatinya dengan perbuatan seperti mana pada bulan Ramadhan. Jika bulan Ramadhan kita menghabiskan solat tarawih secara berjemah selama 30 hari , pastinya kita juga mempraktikkan didalam solat 5 waktu secara berjemaha di masjid.

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Syaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan, hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan, maka perbanyakkanlah memohon kepada Allah semoga kita dapat dipertemukan Ramadhan tahun ini. I.Allah.




8.16.2009

Kematian H1N1 meningkat kepada 62 orang




Tiga lagi kematian dicatatkan akibat influenza A(H1N1) - termasuk dua kanak-kanak - menjadikan jumlah korban penyakit tersebut meningkatkan kepada 62 orang.

Dua kanak-kanak lelaki itu berusia enam dan tiga tahun. Manakala seorang lagi korban ialah seorang lelaki berusia 50 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 283 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini sebanyak 3,857 kes.


SumberPetikan:Malaysiakini

8.13.2009

Vokalis Kumpulan Rabbani Pergi selama-lamanya bertemu Ilahi






Bismilah..

Setiap yang bernyawa pasti akan kembali disisi Tuhan. Dua hari yang lepas keluarga terdekat saya telah kembali ke rahmatullah, saya tidak dapat untuk pergi menziarahi jenazahnya. Kerana Saya berada di Hospital Perubatan Universiti Malaya, membawa anak saya berjumpa dengan pakar. Menyusul pula berita semalam, Ust Asri vokalis Nasyid kumpulan Rabbani tanah air kita kembali bertemu Allah yang esa. Semoga Al-marhum ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh disisi Allah. Salam takziah buat keluarga Ust Asri. Pastinya kita yang masih bernafas ini harus perbanyakkan amal ibadat. Hanya amal ibadah sahajalah yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak.


Mudah-mudahan kita tergolong seperti mana yang dinyatakan hadis Nabi diatas. Al-Fatiha buat Ust Asri ...pemergiannya amat dirasakan oleh semua umat islam di Malaysia

Keindahan Alam ciptaan Allah yang maha kuasa menunjukkan akan kebesaran dan ke agunganNya. Setiap hari kita bangun daripada tidur kita disinari dengan cahaya matahari yang terang lagi bercahaya. Setelah malam kita melelapkan mata untuk berihat. Pejam celip..pejam celip kita semangkin dekat dengan Ramdhan Al-mubarak, mudah-mudahan kita bertemu dengannya. Bulan rejab dan syahban menjadi tempat latihan untuk kita bertemu dengan ramadhan karim. Bulan ramadhan adalah tempat kita menduduki imtihan, yang mana di bulan inilah kita memperbanyakkan amalan seperti solat tarawih, tadarus Al-quran, solat sunat dan pelbagai lagi yang boleh kita lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.


Sahabat mukmin ku yang budiman, didalam medepani arus kemajuan yang kita kecapi pada hari ini, jangan kita lupa akan saudara-saudara kita yang berada di bumi Palastin, kehidupan mereka tidak sama dengan keadaan kita di Malaysia. Setiap hari ada sahaja letupan bom, kematian dan pelbagai lagi penindasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang membenci Islam. Aman dan makmur kita rasakan setiap hari seakan-akan kita sudah lupa penindasan Yahudi terhadap mereka. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam Uyghur di China. Permusuhan yang sudah lama terhadap umat Islam Uyghur, menampakkan golongan yang membenci Islam sangat-sangat tidak menyukai kewujudan masyarakat Islam uygur. Walhal masyarakat Uygur adalah antara peribumi yang terawal membuka kawasan-kawasan penempatan ketika pemerintahan Dinasyti Ming lagi. Sama-samalah kita doakan, agar kemenangan dan kesabaran menyusuri saudara-saudara kita sana. Hanya doa yang dapat dipanjatkan semoga Allah memberikan kemenangan yang besar atas jihat mereka.

Amiin ya Rabal A'lamin...

8.11.2009

Ingatlah Allah pastinya Hati akan tenang



Subahanallah..maha suci Allah, melihat akan ciptaan Allah seakan dekat kita kepada Allah. Cukup indah ciptaan Allah yang hidup kekal selamanya. Melihat kepada keagungan Allah yang maha pencipta rasa hati dapat merasakan kita dekat kepada yang maha agung.
Firman Allah SWT:


" Kerana itu, Ingatlah kamu kepadaku nescaya Akau ingat(pula) kepadamu"
(Al-Baqarah: 152)


Hati akan menjadi lembut dan tenteram jika kita mengingati Allah, kita akan dapat merasakan kelazatan dan kenikmatan berzikir kepadanya. Tidak hairan bila orang-orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Amat rugilah orang-oarang yang lalai dalam mengingati Allah, disibukkan dengan tugasan di pejabat, perniagaan dan urusan-urusan yang lain. Janganlah kita leka dan alpa dalam menguruskan dunia yang tiada penghujung. Pasti mati yang akan menyusul dihadapan.


Hiasilah kehidupan ini dengan Iman dan taqwa nescaya bahagialah kita di dunia dan akhirat. Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan al-mubarak maka siapkanlah diri dalam menghadapinya. Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan hati yang ikhlas kepada Allah semata-mata inginkan keredhaanNYA.
Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidaya dariNYA..



YaAllah ampunkanlah doasa-doasaku
Terimalah Taubatku
Pilihlah Aku dikalangan hamba-hambamu yang Soleh
Lindungilah Aku dan kasiahanilah aku
Aku mengharapkan Ehsanmu Ya Allah....
Aku tidak mampu Menghadapi Azabmu Ya Allah
Tiada upaya bagiku melainkan KekuatanMu.
Amiin.....Ya Rabbal A'lamin

8.10.2009

Besabarlah kerana Sabar itu Indah.

Besabarlah kerana Sabar itu Indah.

Besabarlah kerana Sabar itu Indah. Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh dengan kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?Dalam keadaan dunia pada hari ini, kita hidup seolah-olah dalam keadaan ketakutan dengan apa yang berlaku. Dengan wabak vairus H1N1 sahaja kita menjadi tidak menentu. Kematian akibat H1N1 sehingga kini ialah seramai 12 orang.Mengikut fakta WHO jangkitan H1N1 atau lebih jelas dan mudah di fahami Selesma Babai akan meningkat ketahap yang lebih tinggi lagi. Berjuta-juta akan di jangkiti dengan Vairus H1N1. Belum ada lagi Vaksin yang boleh menyembuhkan Vairus tersebut. Disinilah Sifat kesabaran perlu ada pada orang mukmin. Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar ? Dan apakah kita mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi ujian ini ?


Semua yang berlaku di dunia ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. Sifat sombong, tamak, zalim dan sifat-sifat yang tercelah wajib kita tinggalkan agar kemurkaan Allah tidak membinasakan kita. Musibah atau melapetaka yang berlaku tidak mengira tua atau muda, kecil atau besar, orang agama atau sebaliknya.Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa kita tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitanSama-samlah kita renungi....

8.08.2009

Terimalah Seadanya

Assalamualaikum dan salam persaudaraan. Setiap pemberian Allah mempunyai hikmah disebalik pemberianya. Oleh itu terimalah seadanya blog saya ini. Semoga manfaat yang besar dapat diperolehi kepada siapa yang membacanya..