6.23.2010

AWASA KEUJUDAN PENGANAS, TAPI SEJAUHMANA KESAHIHANNYA?

 Mohon kemaafan kepada pengunjung blog ini kerana  hampir 2 bulan saya tidak menulis disebabkan kesibukan yang begitu banyak untuk diselesaikan. Alhamdulillah, kasih sayang Allah kepada saya memberikan masa yang terluang untuk saya mencoret sekadar yang termampu.

Memandangkan isu semasa yang baru-baru ini keluar dimedia masa berkenaan dengan keujudan penganas di IPTA-IPTA tempatan, Pemimpin politik Islam dilibatkan dan beberapa orang ulama dan badan NGO terpalit sekali. Amat mengecewakan kita jika fakta yang tidak berasa ini dijadikan sebagai bahan bukti untuk menzalimi orang yang tidak bersalah. Kerjaan harus melihat isu ini sebagai suatu isu yang berbahaya jika fakta atau bukti yang dibawa tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk dijadikan bukti yang kukuh.

Kalau benar, bawa datang bukti dariman sumbernya? adakah orang yang  mendedahkan kenyataan ini benar-benar mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh oarang-orang yang terlibat. Kalau saya melihat secara peribadi orang yang dituduh ini mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan banyak memyumbang  dalam meninggikan syiar Islam di bumi Malaysia yang tercinta. 

Allah menciptakan manusia dimuka bumi ini menginginkan kehidupan aman dan damai dan ia suatu perkara yang fitrah kepada manusia, tidak mengira agama dan warna kulit. Hargahilah nikmat keamanan yang dikurniakan Allah kepada kita, dan pihak pemerintah sewajibnya menjaga dan memelihara keharmonian negara daripada ansir-ansir jahat di negara ini. Elakkan membuat tuduhan yang belum jelas buktinya bagi menjaga maruah seseorang indivedu. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam membuat sebarang tuduhan kepada seseorang. Bawakan bukti yang telus dan amanah sebelum membuat tuduhan kepada  seseorang indivedu atau badan-badan NGO.

Tiada ulasan:

Catat Komen