3.24.2011

Alhamdulillah , Demi Masa, Sesungguhnya Manusia berada didalam Kerugian"

Assalamualikum wbrt..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Rabull Izzati kerana dengan kasih dan sayangnya terhadap hamba-hambaNya maka dapat saya melapangkan masa untuk mencoret kalimah-kalimah yang baik untuk diri yang kerdil ini dan juga buat pembaca  blog ini. Begitu lama saya tidak menulis..mungkin terlalu banyak masa menguruskan urusan yang tidak pernah selesai, ujian demi ujian pasti akan dilalui oleh hamba-hambaNya seperti saya.
Tergerak hati ini untuk menulis disebabkan keadaan dunia pada hari ini seumpama tanda-tanda akhir zaman semangkin kita rasai bahkan telah terjadi. Kejatuhan pemerintahan diktaktor satu demi satu jatuh oleh kebangkitan raykat di Tunisia, Mesir, disusuli oleh Yaman, Bahrin, Jordan dan yang terbaru Negara Syria yang mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban. Benarlah apa yang telah di katakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW tentang tanda-tanda akhir zaman, sebagi seorangg muslim yang beriman pastinya kita sentiasa memperkukuhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT agar kita tidak hanyut dengan kenikmatan dunia semata-mata ..

 "Demi Masa, Sesungguhnya Manusia berada didalam Kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan Beramal Soleh."(1-3)

Makna ayat di atas amat bertepatan dan sesuai kepada kita selaku khalifa yang mendiami bumi fana ini. Allah secara jelas menerangkan kepada makhluknya jin dan manusia akan kerugian yang akan diperolehi sekiranya kita lalai dan leka didalam meguruskan kehidupan di dunia.Kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sahaja yang di janjikan oleh Allah SWT terhindar daripada kerugian di dunia dan akhirat. Pastinya manusia suka akan keseronokan dan kesenagan dalam hidup, tetapi kesenangan yang hakiki adalah  kesenagan hidup di akhirat kelak. Hargahilah masa kita di dunia, sebagi orang yang beriman kita dapat memahai erti kehidupan yang sebenar di atas buka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.

Semoga kita menjadi hamba-hambahNya yang berusaha dan beristiqomah dalam mengukuhkan ketaqwaan kita kepada tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagiNya.


terimaseadanya.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan