Bismillahir rahmannirRahaim...
Dengan nama Allah yang pengasih dan penyang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha agung yang penciptakan bumi dan cakrawala. Umat Islam di seluruh dunia sedang melaksanakan ibadah puasa dan kita telah masuk kepada Ramadhan yang ke 12. Pasti peluang beribadah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh semata-mata untuk menadaptkan keberkatan daripadaNya.
Setiap orang yang berpuasa akan merasakan dahaga dan lapar sepanjang hari. Tujuan dan hikmahnya sangat banyak, rasa lapar yang kita alami sepanjang hari mengigatkan kita kepada golongan fakir miskin yang hidup serba kedoifan. Memerlukan sedikit suapan untuk mengelas perut yang kosong. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itulah kehidupan sehari-harian yang ditempuh setiap hari. Itupun jika sekiranya mereka memperolehi sesuap nasi untuk dimakan bagi mengurangkan rasa lapar yang dialami. Kesedaran inilah yang harus kita pupuk dikalangan umat islam supya golongan fakir miskin lebih terbela.
Dengan kelebihan yang kita ada, pastikan ringan-ringankanlah hati dan tangan untuk menghulurkan sedekah kepada golongan tersebut yang sangat memerlukan. Dengan juadah berbuka puasa yang menyelerakan pasti air liur akan berjatuhan melihat makan yang ingin kita jamah untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah seperti kepala ikan putih masak asam budu, ikan keli masak merah bercampur sambal asam dan lain-lain pastinya kita tidak akan melepaskan peluang apabila tiba untuk berbuka. Maka ujian dan dugaan bagi orang-orang yang berbuka agar keberkatan yang kita ingin cari tetapi kebencian Allah yang kita undang. Mana tidaknya, adab-adab berbuka tidak diperktikan ketika berbuka puasa. Contoh yang ada pada Nabi Muhammad SAW ketika berbuka wajib kita ambil sebagai sunah didalam kehidupan kita. Bukan sahaja dibulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan yang lain juga harus kita amalkan. Agar kaedah pemakanan kita ketika berbuka dapat dicontohi oleh Isteri dan anak-anak kita. Malahan jika kita mengambil contoh cara Rasulullah SAW ketika berbuka ataupun makan pastinya dari segi kesihatan akan lebih terjamin. Setiap perbutan baginda SAW mengandungi banyak hikmah yang tidak harus kita pertikaikan. Bersempena bulan Ramadhan ini ramai dikalangan kita yang meremeh-remehkan adab-adab ketika berbuka puasa. Apa tidaknya, apabila perut penuh dengan makanan ia akan menyulitkan kita untuk melaksanakan ibadah.
Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali ada menjelaskan didalam kitabnya Bimbingan Mukmin Bab Puasa, berkenaan syarat-syarat berbuka puasa. beliau telah menghuraikan enam syarat-syarat berbuka dan hanya salah satu sahaja yang saya petik dalam ruangan ini sebagai panduan kita bersama.
Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum bahwa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa terbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.
Biasakanlah diri kita ketika berbuka dengan ala kadar sahaja, dengan kesederhanaan ketika berbuka akan lebih memudahkan kita untuk beribadah..
Selamat beramal dan selamat berbuka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan