'Ramadhan sesungguhnya engkau adalah bulan yang sangat istemewa buat ahli ibadat. Langkahmu semangkin terasa untuk meninggalkan kami semua ' ,Belum pasti akan bertemu kembali, pengharapan kasih sayang daripada Allah SWT agar dapat berjumpa Ramadhan tahun hadapan InsyaAllah.
Rebutlah peluang dan jangan disiakan saat-saat akhir Ramadhan dan hidupkanlah saki baki yang ada agar kita tidak kerugian.
Hidupakan pada malamnya dengan berqiamullaill, ambillah peluang untuk banguan dimalam hari kerana di sepuluh Ramadhan terakhir mengandungi kelebihan dan kebaikan bagi mereka-mereka yang mengetahui, itulah malam Lailatul Qadr. Tujuannya adalah untuk kita membesarkan syiar Allah dan menambahkan Taqwa kita kepadaNya. Malam Lailatul Qadr adalah malam sejatera dan selamat daripada kejahatan dari awal malam hingga terbitnya Fajar. Keterangan malam lailatul Qadr amat jelas dan terang didalam Al-quran (Surah Al-Qadr :Ayat 1-5 ) yang tidak perlu kita sangkal akan kelebihan dan keistemewaannya.
Tanamkan dalam hati dengan niat kita yang Ikhlas semata-mata untuk mendaptkan keredhan Allah SWT. Dengan kesungguhan bangun daripada tilam yang ampuk lagi nyaman dimalamnya hanyalah untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Tujuan kita menghidupan malam laillatul Qadr adalah untuk mendapatkan keberkatan dan tanda syukur kita kepada Allah SWT. Kuatkan jasat kita dan niatkanlah keikhlasan diri bagi menempuh akhir Ramadhan yang akan pasti meninggalkan kita semua. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua, kami belum pasti akan bertemu Ramadhan yang akan datang.
Allah Subahanahu Wataala turun setiap malam ke langit Dunia ketika masi berbaki 1/3 malam yang akhir' Allah Berfirman " Siapa berdoa kepadaku pastiku Makbulkannya, Sesiapa meminta kepadaku pastiku Memberikannya, Sesiapa memohon ampun padaku Pastiku Ampunkan"
(Shaih Bukhari)
InsyaAllah tiada yang mustahil untuk dirialisasikan bagi menempuh akhir Ramadhan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas. Ayuh! muslimin dan muslimat kita tanamkan dalam hati kita niat ikhlas untuk mendapatkan keampunan dan keredhan daripada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan