12.30.2009

KEMULIAN UMAT RASULULLAH DI HARI KEBANGKITAN (Siri Akhir)

sambungan dpd Artikal 2

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

12.21.2009

Kemulian Umat Rasulullah SAW di Hari Kebangkitan SIRI 2

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
^ Kembali ke atas ^

Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

12.16.2009

KAUM YAHUDI MANUSIA YANG DI LA’NAT ALLAH TA’LA

terimaseadanya.blogspot.com

Kaum Yahudi satu kaum yang tidak asing bagi seluruh manusia yang ada diatas muka bumi ini.Kaum yang telah dilaknat oleh Allah Ta’la kerana sifat mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah ,membunuh sesuka hati para Nabi dikalangan mereka, sifat sombong , takbbur dan banyak lagi istilah-istilah yang layak diberikan kepada kaum yahudi la’natullah. Ini dijelaskan oleh Allah tentang la’nat Allah terhadapat kaum yahudi.

“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman “(al-Baqarah 88)

Di zaman Nabi SAW memperlihatkan kepada kita bangsa yahudi ketika itu sangat kuat menyokong penentangan terhadap Rasulullah saw . Manusia yang bernama Abu lahab paman Nabi saw sendiri yang mengepalai penentangan yang keras terhadap baginda agar apa yang dibawa oleh baginda tidak diterima oleh masyarakat Qurisy ketika itu.
Sehingga sekarang bangsa yahudi tidak henti-henti daripada membunuh umat islam di palestin, mengambil hak umat islam Palestin dan tidak mahu berundur walaupun si inci daripada bumi Palestin. Negara Israel yang mereka diami pada hari ini juga hasil daripada peperangan, pembunuhan dan kekejaman semata-mata untuk memiliki dan seterusnya mendirikan Negara haram Israel. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menguasi baitulmuqaddis agar dapat mereka miliki.

Kalau kita melihat dengan mata kasar kita bangsa yahudi tidaklah seramai mana atas muka bumi ini, Negara Isreal yang ada sekarang mempunyai muka bumi yang kecil, rakyat yang tidak seramai umat Islam di Palestin tetapi mempunyai kekuatan untuk menakluk bumi Palestin khususnya dan amnya dunia.

Di anggarkan hampir 11 juta bangsa yahudi yang mendiami Negara Israel haram dan beribu kotakan Jerusalem, jika dibandingkan dengan Negara Palestin dan Negara-negara arab disekitarnya. Mereka menguasai ekonomi dunia yang menjadi nadi kepada kekuatan bangsa yahudi di Israel. Amarika Negara yang terletak dihujung jari bangsa yahudi, setiap kemahuan yang diinginkan oleh Negara Isreal pasti akan ada pertolongan kuasa besar Negara itu.

Kekejaman dan kerakusan bangsa yahudi keatas umat islam Palestin dapat dilihat daripada penentangan demi penentangan umat Islam Palestin, pembebasan dan intifadah yang berlaku adalah hasil daripada kebiadapan Negara Israel terhadap umat Islam palestin.

Menginginkan kemerdekaan dan keamanan adalah satu nikmat yang besar bagi umat islam Palestin agar dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Kesemua nikmat kedamaian itu diambil dengan paksaan oleh negara biadap Israel semata-mata untuk kepentingan Negara Israel haram.

Berlakunya Intifadah bagi membebaskan Negara Palestin


Intifadah yang yang pertama berlaku pada tahun 1987 ( dari bahasa arab :Intifadah "melepaskan diri") adalah sebuah istilah islam yang berarti Pemberontakan
Dalam konflik Israel-Palestina, Intifadah mencakup seluruh gerakan pemberontakan untuk merebut kembali kemerdekaan Palestina. Dengan hanya menggunakan lemparan batu oleh kanak-kanak Palestina, bom minyak buatan sendiri oleh pemuda-pemuda Islam Palestin sehingga aksi bom syahid yang dilakukan oleh para pemuda Islam Palestin dalam menentang tentara Israel dan kaum yahudi.

Intifadah tersebut berakhir pada 1993dengan ditandatangani Perjanjian Oslo dan pembentukan Negara Nasional Palestin. Penindasan Israel tidak terhenti setak itu sahaja, Perjanjian Oslo umpama sandiwara untuk mengaburi mata dunia seolah-oleh mereka cintakan kedamaian tetapi disebalik tabir mereka adalah bangsa yang sukakan pembunuhan dan penindasan yang kejam.

Intifadah ke-2 berlaku lagi. Ia digelar Intifadah Al-Aqsa (juga disebut Intifadah Palestina kedua) adalah konflik berdarah Israel-Palestina yang dimulai pada 29 September 2000 ketika Perdana Menteri Israel (Arel Sharon) dan rombongan sekitar 1.000 tentera bersenjata memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa Intifadah ini berakhir pada 8 Februari 2005 setelah kudua-dua pihak setuju berdamai.

Walau macam mana cara sekalipun Negara yahudi tidak akan senag dan tenag melihat umat Islam Palestin hidup dalam keadaan aman, selagi mana mereka tidak dapat menakluk keseluruhan bumi Palestian selagi itulah Negara Israel akan tersur-menerus mencari jalan dan hela mereka untuk memiliki bumi Palestin.

Firman Allah Ta’ala.
“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yg telah terpesong itu)”(al-Baqarah 102)


Sebagai umat islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, kita wajib bersama-sama menentang kekejaman dan penindasan bangsa Israel terhadap umat Islam Palestin. Pepatah ada megatakan Cubit paha kiri terasa sakit paha kanan, itulah tanda kasih sayang dan ukhuwah sesama muslim. Diiringi dengan doa setaip masa, terus menerus bersama memboikut barangan Israel dan sekutunya agar dengan kemampuan Iman yang sedikit kita miliki dapat melemahkan kekuatan Negara Israel haram la’natullah .

Kalau dilihat dari sudut logik mungkin kita akan melihat kemampuan untuk memboikut barangan Yahudi dan sekutunya tidak akan melemahkan mereka, tetapi kita harus ingat kasih sayang dan pertolongan Allah tidak akan mampu dinilai oleh manusia. Sejarah telah membuktikan kepada kita didalam peperangan Badar, kemenangan Rasulullah SAW bersama para sahabat seramai 313 orang menentang tentera quraisy 1000 orang akhirnya mendatangkan kemenagan ditangan umat Islam. Bairlah usaha kecil dan istiqomah kita beterusan tanda iman kita kepada Allah SWT. Jangan dinila yang kecil itu tidak membawa apa-apa kesan keatas sesuatu perkara tetapi yakinlah kita yang kecil lagi berkualiti itu akan memberikan kemenangan kepada umat islam khususnya.

Intifadah tidak akan berhenti selagi mana manusia yang begelar yahudi berada di bumi Palestin, darah saudara kita di palestin mempunyai nilai yang tinggi disisi Allah, mahalnya tidak mampu dibayar dunia dan isinya. Kemenangan dan syhid itu kerinduan bagi mereka dan juga kita yang menyeaksikannya..

12.12.2009

Ukhuwwah adalah Kewajipan Umum Muslimin

bismillahirrahmani rrahim…
Saya terlintas untuk memetik butang huruf memanjangkan pemerhatian saya untuk dikongsi mengenai satu topik yang seringkali diungkapkan terutama oleh mereka yang mengajak orang lain kepada Islam. Atau mereka yang cuba untuk mengembalikan penghayatan Islam sebagai cara hidup.Lebih khusus lagi bagi mereka yang merasakan bahawa penghayatan tersebut tidak mungkin berlaku melainkan dengan cara hidup berjamaah dan berharakah.
Ungkapan Ukhuwwah atau hubbu fillah seringkali kita dengar sama ada dalam tazkirah atau dalam usrah atau program-program tarbiyyah. Dalam entri ini saya tidak berniat untuk mengupas dari segi maksud atau dalil-dalil kelebihan berukhuwwah tetapi saya ingin melihat dari  demensi perlaksanaannya.Semoga ianya menjadi peringatan kepada orang muda yang ghairah berharakah dan mengejutkan orang tua dalam kelekaannya untuk memastikan pewarisan dakwahnya kepada generasi selepasnya…Supaya ianya tidak bercampur kekotoran yang dicela oleh Allah dan RasulNya…
Sebenarnya suruhan dan galakkan berukhuwwah adalah kepada semua muslimin dan untuk semua muslimin…Ia dapat difahami daripada nas-nas yang umum yang begitu banyak sama ada daripada al-Quran dan juga hadis baginda s.a.w. Hak Perlaksanaannya daripda peringkat wajib yang mesti dilaksanakan seperti kena tolong apabila seorang muslim dizalimi…atau pun haram dikurangkan haknya seperti menyakiti jiran,mencabul maruah dan hartanya dengan mengumpat,memfitnah dan mengambil hartanya tanpa kerelaannya… kepada peringkat Fadhilat (sunat) seperti mengorbankan kepentingan diri demi sahabatnya…
antara nas-nas yang banyak itu anataranya:
“sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara maka perbaikilah antara dua saudara kamu”
“Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan jaganlah kamu berpecah belah…”
“Tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”  hadis
“Seseorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan daripada menyakiti saudaranya Muslin sama ada dengan tangan dan lidahnya”

Jangan Tersalah Ubat Atau Terlebih Dos…
Bagi pengasas mana-mana harakah serta kepimpinan selepasnya menjadikan seruan berukhuwwah ini sebagai satu motivasi berterusan yang amat dititikberatkan di kalangan ahlinya. Malah Imam as Syahid Hasan Al Banna menjadikan ia sebagai salah satu Rukun Bai’ah bagi sesiapa yang ingin intima’ dengan Ikhwan Muslimin.
Seruan ini sebenarnya adalah merupakan seruan permulaan dalam mengajak muslimin seluruhnya untuk merialisasikan ajaran Islam dalam keseluruhan hidup mereka. Satu gambaran masyarakat kecil yang berkasih sayang dan saling mengenali,memahami serta bantu membantu antara satu sama lain (bertaaruf, bertafahum dan bertakaful) boleh dilaksanakan di dalam sebuah Jamaah atau organisasi kecil yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat malah ummah seluruhnya apabila ianya dilakukan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda s.a.w.
Ini boleh berlaku apabila tidak  menghadkan kasih sayang tersebut kepada mereka dalam kumpulannya atau Jamaahnya sahaja tetapi menjadikan suasana Jamaahnya sebagai tempat melatih serta menyuburkan perasaan kasih sayang sesama muslimin.Sesiapa yang melatih hatinya untuk mengasihi seseorang atau sebahagian orang dengan cara yang betul sebenarnya dia sedang menyediakan  jiwanya untuk mengasihi semua orang malah menyediakan dirinya untuk berintraksi dengan makhluk Allah yang lain di atas asas kasih sayang.
Jika suasana ukhuwwah yang dibentuk dalam mana-mana kumpulan atau Jamaah untuk ahlinya sahaja, sedangkan dalam masa yang sama  meniupkan ruh permusuhan atau suasana kebencian terhadap kumpulan atau individu muslim lain atas apa saja  alasan seperti  menjaga kesatuan dan keutuhan Tanzim maka sebenarnya dia sedang membentuk suasana Taassub dan perbuatan itu adalah dilarang oleh Allah dan RasulNya malah merosakkan tujuan asal dia berjamaah atau bertanzim.

Kata-kata Ibn Taimiyyah sebagai Renungan:
“Dan Adapun Ketua Parti maka sesungguhnya dia adalah ketua bagi kumpulan yang terbentuk,iaitu menjadi Parti. Jika sekiranya mereka itu berhimpun di atas apa yang disuruh Allah dan RasulNya tanpa sebarang tambahan dan kekurangan maka mereka adalah orang-orang beriman, bagi mereka kebaikan yang mereka lakukan dan ke atas mereka keburukan yang mereka lakukan. Jika sekiranya mereka menambah (pada suruhan itu) atau mengurangkannya seperti berTaassub bagi sesiapa yang masuk kedalam parti mereka sama ada benar atau salah dan berpaling daripada sesiapa yang tidak masuk kedalam parti mereka sama ada di atas kebenaran atau kebatilan…maka ini adalah daripada perpecahan yang dicela oleh allah dan RasulNya .Sesungguhnya Allah dan RasulNya Menyuruh berjamaah dan berkasih sayang dan melarang daripada perpecahan dan perselisihan. begitu juga menyuruh supaya berkerjasama di atas kebajikan dan Taqwa serta melarang daripada berkerjasama di atas dosa dan permusuhan..”.(majmuk Fatawa)
Hakikat ini mungkin tidak nampak dalam suasana biasa… tetapi ia akan terserlah apabila berlaku khilaf dan pertembungan. Suasana tergugat, suasana terancam menyebabkan seseorang yang menamakan dirinya Daei malah pimpinan teratas kumpulan Islam terlupa bahawa seluruh isi surah al Hujurat itu untuk seluruh Muslimin bukan untuk ahli dalam kumpulannya sahaja.Antara isi kandungan surah al Hujurat:
1- Suruhan Tabayun: memeriksa dulu kesahihan berita apabila mendengarnya.
2-Larangan memperolok-olokkan orang atau kelompok lain
3-Larangan mencela orang lain
4-Larangan memberi gelaran atau label buruk kepada seseorang atau kumpulan.
5-Suruhan menjauhi prasangka buruk terhadap orang lain
6-Larangan Tajassus: mencari-cari keaiban orang lain
7- Menjauhi ghibah atau mengumpat

(Artikal dpd blog/http://nasihatku.wordpress.com/)

12.09.2009

Kemuliaan umat Rasulullah di Padang Masyar

terimaseadanya.blogspot.com

Sabda junjungan Agung kita Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Bersambung!

12.07.2009

Al-Quran Mujizat Agong

Al-quran diwahyukan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah satu mujizat agong bagi umat Muhammad SAW. Kitab yang mengandungi masseg bernilai jika difahami dan dikaji akan maknannya.Pada hari ini ramai dikalangan umat islam hanya sekadar membaca sahaja tetapi tidak mengkaji kelebihan yang terkandung didalama Al-quran itu sendiri. Inilah punca kelemahan umat islam akhir zaman, disebabkan remaja-remaja kita yang hanya dididik daripada kecil sekadar membaca sehingga lancar daripada Iqro hinggalah  menamatkan pembacaan Al-quran, kita lupa untuk menghayati keterangan-keterangan ayat suci Al-quran.Bukan sahaja remaja bahkan disemua lapisan umur yang telah terdidik daripada kecil hanya sekadar lancar membaca Al-quran dan bagi ibu bapa memadahilah jika pandai membacanay.

Cukup malang bagi kita umat islam jika  tidak digarap usaha yang lebih untuk memartabatkan kefahaman dan kajian yang mendalam tentang Al-quran agar keuntungan dapat dimilik oleh umat islam hari ini dan anak cucu kita dimasa akan datang. Kehebatan Islam pada masa lalu melonjakkan nama islam dimata dunia, orang-orang barat berusaha bangun daripada zaman kegelapan menjadi tamadun yang hebat pada hari ini. Hasil kehebatan orang barat  hari ini adalah punca kehebatan dan keunggulan mujizat  Al-quran yang dibawa oleh Nabi saw, mereka mengkaji Al-quran dan meneliti dengan kesungguhan sehingga mereka berhasil bangun daripada zaman kegelapan kepada  tamadun yang berjaya di abat ini.

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita didik anak-anak kita agar mencintai Al-quran dan mengajar mereka memahami isi kandungannya agar kita dapat  melahirkan golongan ulul albab. InsyaAllah Islam akan bangun semula jika kita berpegang teguh kepada Al-quran dan dijadikan petunjuk  masseg-masseg yang terkandung didalamnya agar kita bangun semula menjadi umat yang unggul dan berkualiti. Allah ta'ala telah menjelaskan didalam Al-quran supaya kita meyakini dan beriman kepada Al-quran, kerana orang-orang yang meyakini akan keagongan Al-quran akan mendapat kejayan disisi Allah swt. Ini dijelaskan oleh Allah ta'ala didalam suratul baqarah ayat 1-5.

"Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)" (Al-baqarah .Aayat 1-5)

Al-quran bukanlah kitab rujukan atau buku-buku yang biasa kita baca, akan tetapi ia adalah kitab agong yang tidak ada tolok bandingnya. 1400 tahun sehingga sekarang Al-quran tetap hebat dan menjadi pegangan umat islam sehingga hari kiamat. Musuh-musuh Islam tidak mampu untuk mengubah  walau seayatpun daripada kitab suci Al-quran walaupun mereka mengumpulkan orang-orang cerdik pandai dikalangan mereka nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikan  tanpa keizin Allah swt.Tidak ada ayat yang mampu menandingi selain  Al-quran, itulah keunikan Al-quran yang diturankan Allah dengan perantaraan Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw dan seterusnya diwarisi oleh kita sehingga hari kiamat. Setiap kejadian yang dihamparkan di muka bumi ini baik tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang , kejadaian siang dan malam, lautan dan daratan  semuanya itu suatu petanda  kebesaran dan kehebatan Allah yang maha pencipta untuk di munafaatkan oleh manusia di muka bumi



"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22) Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23)


Kasih sayang dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita cukup banyak tidak terkira, dan kita tidak mampu untuk membayar dengan kekayaan yang kita ada walaupun kita memiliki  emas segunung kinabalu. Nikmat seperti oxsigan sudah cukup mengambarkan kasih sayang Allah yang tidak terbatas kasihnya kepada manusia, tetapi ramai dikalangan manusia yang tidak mensyukuri akan nikmatNya.Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang besyukur. 




12.05.2009

DIARI AZAM 01-Musafir ke Kuala Lumpur

Artikel ini ulangan semula

Assalamualaikum wbrt. Syukur dan puji-pujian hanya bagi Allah, yang maha pencipta seluruh cakrawala. Tiada yang mampu menandingi akan kehibatan dan kebesaran Allah yang maha agung lagi sempurna.

Alhamdullilah saya telah menjejaki lapangan terbang KLIA pada pukul 10.00am, bertarikh 08/08/2009 hari Sabtu pada 2 hari yang lepas. Penerbangan Isteri dan anak saya Azam di tunda pada jam 11.20 malam dan sampai di KLIA sekitar jam 2.00 pagi . Selepas mengambil beg saya terus menaiki teksi ke Nilai dengan harga tekit RM42.70 Subahanallah mahal juga, terpaksa juga menggunakan perkhidmatan teksi sebab tiada siapa yang mengambil saya di airport. Soal mahalnya tiket itu sudah tidak menjadi penghalang unutk membelinya. Semata-mata untuk mendapatkan kereta di Nilai, bukan kereta saya tapi kereta kawan. Sepanjang perjalanan daripada LLCT ke Nilai saya sempat bersembang kosong dengan pemandu teksi. Nama pemandu tu Ali agak berumur dalam lingkungan 50 an.

Setelah sampai di Nilai sahabat saya Raj menyerahkan kereta antik model tahun 50 an, masyaAllah rasa macam hidup di tahun 50an pula. Maklumlah free tiada kos perlu dibayar jadi jangan banyak komen. Cuma saya tidak dapat memaparkan dalam ruangan ini bentuk kereta itu sebab camera lupa bawa. Sejurus itu, saya menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi Sepang, tempat saya menuntut Ilmu dahulu 7 tahun yang lepas, memandangkan masa yang banyak saya teringin untuk mengimbau kenagan lepas. Banyak suka dan duka yang tidak boleh dilupakan ketika itu. Tetapi tempat saya menuntut itu telah ditutup tidak silap saya 4 atau 5 tahun yang lalu, disebabkan ketiadaan pelajar dan juga kos sewa yang tinggi dan pelbagai masalah yang tidak perlu saya nyatakan di ruangan ini. Saya terus menuju ke Masjid Sultan Salahuddin dimana tempat inilah saya diberikan amanah sebagai Imam solat Maghrib ataupun Isya'. Sekadar menggantikan tempat Imam yang tidak dapat hadir maka sayalah yang kehadapan. Disamping itu, pengalaman menjadi Imam dapat dirasakan bahawa tanggungjawab dan beban sebagai Imam amat berat, jangan diambil mudah apabila menjadi imam. Bacaan yang baik dan disertakan tajwid yang betul barulah kita dibolehkan menjadi Imam. Tetapi apa yang saya dapati pada hari ini rata-rata masjid-masjid dan surau-surau di sabah khususnya tidak menitik beratkan bacaan yang betul ketika menjadi Imam solat, amat mendukacitakan jika perkara ini terus berlaku. Setiap perbuatan kita di dunia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Sekadar renungan kita bersama..


Isteri dan Azam(anak) menyusul kemudian sebab kami berlainan penerbangan, Isteri dan Azam sampai di KLIA pada 2.00 pagi 9/08/2009. Rancangan awal memang satu kapal tetapi penerbangan kami sebelum ini dibatalkan disebabakan Dr pakar yang merawat Azam ada mengendalikan peperiksan ketika itu . Kalau ikutkan rancangan kami betolak ke Kuala Lumpur pada 3/08/2009, rupa-rupanya ada hikmah disebalik itu. Selang 2 hari selepas itu Azam demam dan muntah-muntah dan terpaksa dibawa ke hospital Likas untuk rawatan. Mujurlah saya dan isteri tidak jadi untuk ke KL ketika itu. Tujuan saya ke KL kali ini bersama-sama dengan isteri dan anak saya Muhammad Azam Baihaqi, berumur 2 tahun 2 bulan, ia adalah susulan daripada rawatan sebelum ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . Rawatan ini, adalah kali yang ke-2 saya dan isteri membawa Azam berjumpa Dr pakar di PPUM. Sebelum ini, saya dan isteri telah datang ke KL pada 2 bulan yang lepas. Azam mengalami sakit usus besar dan perlu rawatan susulan yang berterusan selain itu juga Azam masi tidak boleh berjalan. Azam telah dikenal pasti terdapat otot yang lemah dibahagian tubuhnya. Allah maha besar, ujian yang menimpa bagaikan mutaiara yang berkelipan dalam hidup kamai, tidak menjadi satu penyesalan kepada kami walaupun sedikit. Saya dan isteri menerima dengan hati yang lapang dan menganggap ia kurniaan yang istemewa daripada Allah.

Memandangkan di Sabah tiada lagi Doktor pakar usus, terpaksalah kami membawa Azam ke Kuala Lumpur. Azam adalah anak kami yang pertama dan anak kedua kami Muhammad Yazid(Waie) berumur 1 tahun 2 bulan . Nasiblah isteri berkerja dengan kerajaan bolehlah menggunakan kelebihan yang ada. Saya berkerja sendiri tiada kelebihan seperti orang-orang yang berkerja dengan perkhidmatan awam. Walaubagaimanapun alhmdullilah rezeki Allah tidak pernah putus walaupun sedikit pemberiannya harus di syukuri.

Pada jam 1 pagi 9/08/2009 saya betolak ke KLIA untuk mengambil isteri dan Azam, memandangkan ketiban mereka dengan menggunakan pesawat Mas daripada sabah ialah jam 2.00 pagi. Setelah mereka sampai kami terus balik ke tempat penginapan di Sai Villa Hotel, keeseokan harinya kami akan bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta antik model Lanccer lebih kurang macam tulah bunyinya. Pagi 9/08/2009 hari ahad jam 11.00 pagi kami betolak ke Kuala Lumpur, merasakan menaiki kereta lama ini semacam seronok tanpa acon. Sebelum kami pergi ke Petaling Jaya. kawasan dimana PPUM tempat Azam menadapatkan rawatan, kami melincong ke Bandar Sanwy tempat yang biasa rakyat malaysia dan pelancong-pelancong asing kunjungi setiap hari. Tujuannya sekadar ingin melihat apa yang istemewanya tempat itu. Pada jam 1.00 tengahri kami sampai di bandar Sanwy, apa yang saya lihat persekitaran tempat tersebut memang nampak gagah dan hebat. Hotel betaraf 5 star dengan harga penginapan semalam sehingga mencecah RM1000++ masyaAllah hebat, tempat permainan air di tingkat bawah sekali dengan pelbagai permainan air , pusat membeli belah dan pelbagai pelancong daripada serata dunia yang ada disitu. Cuma yang sedihnya tidak ada unsur-unsur keIslaman didalam pengasingan lelaki dan perempuan, contohnya tempat permainan air lelaki dan perempuan bercampur. Inilah yang malang dan sedihnya, perkara-perkara seperti itu mengundang kemurkaan daripada Allah. Saya teringat kata-kata Lukaman Al-Hakim;

"Wahai anakku jika kau pergi ke majlis Ilmu yang meneybut nama Allah, jika kau orang yang berilmu ia akan memberi manfaat kepadamu, jika kau 0rang yang jahil iaakan menutupkan kejahilanmu dan sekiranya Allah menurunkan Rahmat nescaya kau akan memeperolehinya.
Dan Lukman berkata lagi

Wahai anakku jika kau pergi ke tempat yang bukan menyebut nama Allah, maka jika kau orang yang berilmu ia tidak akan mendapat faedah kepada mu, jika kau orang yang jahail ia akan menambahkan kejahilanmu dan sekiranya Allah menurunkan bala, kau tidak akan terkecuali daripadanya"

Nauzubulahi minzalik. Semoga dijauhkan daripada apa jua azab Allah kepada kita. Maka tempat-tempat sepert itu wajib kita jauhi kerana ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kita. Setelah saya dan isteri menunaikan solat jamak taqdim kami terus bertolak ke PJ dan sampai sekitar jam 5.00 petang. Kami menginap di Hotel Lisa In semalam lagi sebelum esoknya ke PPUM.

bersambung...12/08/09






DIARI AZAM 04 -Ujian Makmal Azam Selama 7 jam




RESPIRONICS made in USA


Tiga hari yang lepas 2/12/09 selasa, Azam ditempatkan di bilik makmal untuk ujian "sleeping study"  selama 7 jam untuk menganalisis proses semasa tidur. Kenapa? Azam berdengkur sejak berumur kurang 1 tahun lagi.Berdengkur!!! tidak elok...saya pun tidak tahu macamana keadaan sebenarnya,tetapi mengikut kefahaman saya Oksigen terhalang untuk masuk sepenuhnya keotak dan jantung...sebab tulah  mesin ini digunakan (Respironics).Ia  membantu mengepam udara masuk kedalam berbanding   mesin oksigen biasa.Kami dah menggunakannya  hampir 3 bulan  untuk rawatan di rumah sebelum mampu memilikinya sendiri.Nak  beli? Harga  di KL  dah servay  dalam  RM4800..Harga Sabah  lagi la RM7000..mana nak cari duit banyak tu...Rezki Azam la  juga time tu ...dalam  kesempitan  ada  kemudahan. Syukurla  unit Kebajikan PPUM menyewakan kan mesin ini  sementara  saya  mendapatkannya  sendiri.Kalau ikut prosedur  kakikatangan kerajaan(isteri saya) tidak layak menyewa atau meminjam dari Unit Kebajikan kerana  ada  kemudahan(claim) dari kerajaan. Tapi nak claim kerajaan kena beli sendiri dulu..Alhamdulillah..kami  dapatlah menyewa mesin itu  dengan hanya RM100 sebulan berbanding menyewa dengan company luar Deposit 2+1 dengan  sewa bulanan RM500.00.

Selepas 3 bulan...

Dah dapat  resultnya...bagus PPUM ni, antara yang hospital   Pra-swasta yang cukup  lengkap di Malaysia  ini. Bolehla saya  syorkan  kepada sahabat-sahabat  yang mempunyai  sanak-sedara yang memerllukan rawatan yang baik.Pakar  pun ramai  kat sini.

Result Azam... tidak  banyak  perubahan   oksigennya  masih kurang ketika  tidur...Kesimpulannya  ada  2 kaedah boleh digunakan:
  1. Gunakan  mesin (Respironics) dalam jangka waktu yang panjang.


  2. Buat surgery(pembedahan) kecil dibahagian dalam hidung untuk mengeluarkan adenoit (tisu yang membengkak) yang menambahsempitkan ruang pernafasan ketika  tidur.


     Anak-anakku  Penawar  Hati

Kami baru sahaja  gembira melihat Azam kembali sihat dan  ceria menunjukkan perkembangannya walaupun agak perlahan berbanding kanak-kanak lain.  Tengok tu,adiknya waie pun  tak sabar-sabar bawa abangnya bermain bersama.. Ni  pula   nak  buat pembedahan,dalam keadaannya  yang tidak cukup  kuat saya dan isteri   berfikir perlu menangguhkan  pembedahan ini  setelah  dia  makin besar dan kuat. Lagipun saya mengambil kira  pembedahan biasanya  akan memberi 50% untuk sembuh sepenuhnya. Sebagai ibu  & bapa yang menjaga  sepenuhnya anak kami,azam  tidak akan  kuat  menahan kesakitan,melainkan  Kekuasaan Allah.Wallahua'lam itu diluar  jangkaan  kita.

Rawatan kali ini memerlukan masa yang panjang .Apa jua yang kami hadapi daripada dugaan ini kami serahkan kepada Allah . InsyaAllah usaha akan tetap diteruskan, doa pasti berterusan dan tawakal yang tinggi hanya bagi Allah rabbul 'Izzati. Sahabat-sahabat yang berkongsi sama.... Doakanlah kami...Kata orang " Berat  mata  melihat Lagi berat bahu yang memikul". Apapun   keadaannya , saya  amat bersyukur  dengan nikmat Allah yang diberikannya  pada  saya  kini. Mungkin  jalan yang  sukar ini lebih mendewasakan  saya  berbanding jalan yang mudah  tidak  ada rintangannya. Saya berpegang kepada  janji-janji Allah "Setiap  Orang yang beriman pasti akan  diuji." Inilah  ujian  kita, berbeza setiap orang ada yang diuji dengan  kesenangan, kemewahan..dan ada juga  yang duji dengan  kesusahan dan sebaliknya.  InsyaAllah ..selaku   hambanya  dunia  ini  hanya tempat kita  berenang disamping  kita beramal,berbakti  untuk Hari Yang Kekal(Akhirat).