9.19.2009



Ramadhan baru sahaja berlalu meninggalkan kita, jadikan segala aktiviti ibadah  didalam bulan Ramadhan yang telah kita laksanakan dapat dipraktikkan pada bulan-bulan seterusnya, InsyaAllah

Sambutlah Syawal dengan penuh tanda kesyukuran dan keinsafan kita, agar kita sentiasa berusaha untuk lebih dekat kepada Allah Rabbul izzati.

Jadikan bulan Syawal tempat kita bermaaf-maafan sesama kita dan tinggalkan semua sengketa yang lalu .

Terimakasih kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog ini, jika telanjur kata & perbuatan mohon di maafkan.

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada :Azman sekeluarga






Jangan lupa menunaikan Zakat

Tinggal sehari dua sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidililfitri, hari kemenangan bagi seluruh umat islam yang telah melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadhan. Menahan diri daripada lapar dan dahaga, menjauhkan perbuatan-perbuatan maksiat yang boleh membatalkan puasa. 1 Syawal adalah hari yang mulia dan penuh dengan rahmat kasih sayang Allah swt, dan digalagkan kita memperbanyakkan tahmit , takbir dan tasbih kepada Allah swt tanda kesyukuran kita kepadaNya.

Didalam kemeriahan dan kesibukan  kita menyambut IdulFitri  yang hampir tiba jangan kita lupa untuk melaksanakan rukun Islam  ke empat  iaitu menunaikan zakat Fitrah yang mana ia fardu keatas umat islam . Imam Al-Ghazali ada menjelaskan di dalam kitabnya Bimbingan mukmin akan orang-orang yang tidak mengelurkan zakat Allah swt mengancam sekeras-kerasnya orang islam yang tidak mengeluarkan zakat seperti mana firman Allah ta'ala:

"Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak mebelanjakan dijalan Allah, maka beritahulah mereka itu akan ditimpa azab yang pedih" (Taubah:34)

Maksud membelanjakan dijalan Allah ialah mengeluarkan zakat. Dengan adanya ancaman yang keras daripada Allah ta'ala ia satu amaran dan juga peringatan kepada umat islam akan kewajiban menunaikan zakat dan  jangan sesekali dipandang ringan.

.Dalam hadis-hadis Nabi saw juga banyak dinyatakan kewajipan-kewajipan mengeluarkan zakat fitrah kepada umat islam. Ini menunjukan kepentingan dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan tidak boleh kita meringan-ringankan kewajiban mengeluarkan zakat.sabda Nabi saw:

" Bahawa Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan kepada manusia, iaitu satu Sha' (gantang) kurma atau satu Sha gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita"
(Hadis sohih Muslim)


Tujuan dan hikmah kita mengeluarkan zakat  adalah untuk mebersihkan dosa-dosa kita dan menghilangkan sifat kikir dan  kedekut yang ada pada diri manusia , dengan kekayaan yang ada dihadapan mata kita akan menyebabkan manusia lupa bahawa setiap pemberian Allah saw adalah sebagai ujian didunia semata-mata. Keimanan dan ketaqwaan sahaja yang akan menyelamatkan manusia  daripada seksaan api neraka Allah ta'ala. Disamping itu juga, sifat kasih sayang akan lahir hasil daripada zakat yang dikelurkan, dengan fitroh kasih sayang sesama manusia akan melahirkan manusia yang beriman dan beramal soleh.

Disamping itu juga kita dapat melatih diri untuk membiasakan membantu orang yang susah seperti golongan fakir miskin hasil daripada hikmah mengelurkan zakat , dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang akan kita dapati jika kita memahami dan mentaati perintah Allah swt. Apabila kita bertemu dihadapan Allah azzawajal nanti, setiap amalan baik kita ketika di dunia dahulu akan menerima ganjaran yang hakiki di akhirat kelak. Tidak rugi dan siasa-sia apa jua perintah dan amanah yang diperintahkan kepada kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya Idulfitri kepada semua yang membaca blog ini , maaf zahir dan batin. Sambutlah 1 syawal dengan tanda penuh kesyukuran kepada Allah swt. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

9.16.2009

Ramadhan Yang Hampir Meninggalkan Kita

'Ramadhan sesungguhnya engkau adalah bulan yang sangat istemewa buat ahli ibadat. Langkahmu semangkin terasa untuk meninggalkan kami semua ' ,Belum pasti akan bertemu kembali, pengharapan  kasih sayang daripada Allah SWT agar dapat berjumpa Ramadhan tahun hadapan InsyaAllah.
Rebutlah peluang dan jangan disiakan  saat-saat akhir Ramadhan dan hidupkanlah saki baki yang ada agar kita tidak kerugian.

Hidupakan pada malamnya dengan berqiamullaill, ambillah peluang untuk banguan dimalam hari kerana di sepuluh Ramadhan terakhir mengandungi kelebihan dan kebaikan bagi mereka-mereka yang mengetahui, itulah malam  Lailatul Qadr. Tujuannya adalah untuk kita membesarkan syiar Allah dan menambahkan  Taqwa kita kepadaNya. Malam Lailatul Qadr adalah malam sejatera dan selamat daripada kejahatan dari awal malam hingga terbitnya Fajar. Keterangan malam lailatul Qadr amat jelas dan terang didalam Al-quran (Surah Al-Qadr :Ayat 1-5 ) yang tidak perlu kita sangkal akan kelebihan dan keistemewaannya.

Tanamkan dalam hati dengan  niat kita yang Ikhlas semata-mata untuk mendaptkan keredhan Allah SWT. Dengan kesungguhan bangun daripada tilam yang ampuk lagi nyaman dimalamnya  hanyalah untuk memohon keampunan daripada  Allah SWT. Tujuan kita menghidupan malam laillatul Qadr adalah untuk mendapatkan keberkatan dan tanda syukur kita kepada Allah SWT. Kuatkan jasat kita dan niatkanlah keikhlasan diri  bagi menempuh akhir Ramadhan yang akan pasti meninggalkan kita semua. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua, kami belum pasti akan bertemu Ramadhan yang akan datang.

Allah Subahanahu Wataala turun setiap malam ke langit Dunia ketika masi berbaki 1/3 malam yang akhir' Allah Berfirman " Siapa berdoa kepadaku pastiku Makbulkannya, Sesiapa meminta kepadaku pastiku Memberikannya, Sesiapa memohon ampun padaku Pastiku Ampunkan"
(Shaih Bukhari)

InsyaAllah tiada yang mustahil untuk dirialisasikan bagi menempuh akhir Ramadhan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas. Ayuh! muslimin dan muslimat  kita tanamkan dalam hati kita niat ikhlas untuk mendapatkan keampunan dan keredhan daripada Allah SWT.
  

9.08.2009


Setiap ciptaan Allah SWT yang di langit dan di bumi, daratan dan lautan , dan segala isi cakrawala menunjukan kehebatan dan kebesaran kekuasaan hanya ada pada Allah.

Kejadian manusia di dunia adalah salah satu kebesaran ciptaan Allah azzawajal. Setiap makhlukNya akan  sentiasa didalam pemerhatian Allah SWT. Tidak akan terlepas daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNya. Setiap amalan manusia akan dicatit oleh malaikat, sesuai dengan perbuatan sewaktu di dunia. Perbuatan yang baik akan diberikan ganjaran pahala dan perbuatan jahat atau maksiat akan dibalas oleh Allah SWT dengan seksaan dan azab yang pedih di akhirat kelak.

Manusia tidak dapat lari daripada tanggungjawab sebagai khalifah  . Manusia di ciptakan oleh Allah SWT dari cairan air mani sehinggahlah ia menjadi makhluk yang sempurna. Kejadian manusia dalam keadaan yang baik dan elok membuktikan kekuasaan  dan kebesaranNya . Setiap penciptaanNya di langit dan di bumi semuanya itu mengandungi hikmah dan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaanNya . Hanya untuk orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT yang dapat meyakini akan ciptaanNya kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah SWT.

Firman Allah:
" Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" Maka(dengan yang demikian ) Maha Tinggilah Allah Yang menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia .( Al-Mukminun115-116)


Bukti yang digambarkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran berkaitan dengan penciptaan manusia menunjukkan akan kebesarnNya, supaya kita dapat mengambil pengajaran tentang kejadian kita di dunia. Ramai dikalangan kita yang lalai dan leka di dalam melaksanakn tanggungjawab sebagi seorang Muslim. Mengabaikan Ibadah solat dan amalan-amalan lain yang wajib dilaksanakan.


Kalau kita melihat didalam bulan Ramadhan khusunya, ramai yang masih mengabaikan ibadah Puasa, seola-ola puasa itu tidak wajib ditunaikan. Walhal ibadah puasa itu wajib dilaksanakan tanda kita menegakkan Rukun Islam. Jika kita mengabaikan ibadah puasa maknanya kita telah meruntuhkan tiang agama, maka tidak selayaknya kita begelar seorang muslim kerana kita dengan sengaja meninggalkan kewajiban yang di amanahkan untuk kita laksanakan.


Bukan sahaja puasa , bahkan ibadah solat juga ramai dikalangan kita yang meninggalkannya dengan sengaja. Pelbagai alasan di utarakan, belum terima hidayalah, seluar terkena najis, sibuk dengan kerja dan pelbagai lagi alasan-alasan yang tidak munasabah bagi mengelakkan untuk bersolat. Cukup malang dan doifnya Iman, Tidak gentar kah kita akan azab Allah SWT yang dasyat di akhirat kelak. Di hari perhitungan dalam keadaan kita tanpa seurat benang yang membaluti tubuh kita, panas yang terik dan di gambarkan didalam hadis Rasulullah SAW matahari sejengkal diatas kepala kita, manusia daripada Nabi Adam as sehingga umat Nabi Muhammad SAW digumpulkan untuk di hisab dihadapan Raja hari pembalasan. Segala amalan baik dan buruk manusia sewaktu di dunia akan diadili dengan seadil-adilnya oleh Allah SWT. Apa jua perbuatan yang wajib keatas orang Islam dengan sengaja meringan-ringankan perintah Allah SWT tunggulah akan janjiNya. Apatah lagi mereka-mereka yang kufur akan keterangan ayat-ayat Allah  pasti akan merasakan azab sengsara di akhirat kelak. Orang-orang yang sedemikian Allah taala telah nyatakan didalam Al-Quran azab yang selayak bagi mereka yang kufur kepadaNya.

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat keterangan kami, kami akan bakar mereka dalam api neraka.Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan dengan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah An-Nisa:Ayat 56)

Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bertakwa dan terlindung daripada Azab Allah SWT. Tidak ada yang berkuasa melainkan kekuasaanNya. Setiap keterangan ayat-ayat Allah SWT adalah untuk menjadi peringatan kepada kita supaya kita mendiami bumi ini dengan perbuatan amal soleh.


9.02.2009

BERPADA-PADA KETIKA BERBUKA PUASA

Bismillahir rahmannirRahaim...

Dengan nama Allah yang pengasih dan penyang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha agung yang penciptakan bumi dan cakrawala. Umat Islam di seluruh dunia sedang melaksanakan ibadah puasa dan kita telah masuk kepada Ramadhan yang ke 12. Pasti peluang beribadah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh semata-mata untuk menadaptkan keberkatan daripadaNya.

Setiap orang yang berpuasa akan merasakan dahaga dan lapar sepanjang hari. Tujuan dan hikmahnya sangat banyak, rasa lapar yang kita alami sepanjang hari mengigatkan kita kepada golongan fakir miskin yang hidup serba kedoifan. Memerlukan sedikit suapan untuk mengelas perut yang kosong. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itulah kehidupan sehari-harian yang ditempuh setiap hari. Itupun jika sekiranya mereka memperolehi sesuap nasi untuk dimakan bagi mengurangkan rasa lapar yang dialami. Kesedaran inilah yang harus kita pupuk dikalangan umat islam supya golongan fakir miskin lebih terbela.

Dengan kelebihan yang kita ada, pastikan ringan-ringankanlah hati dan tangan untuk menghulurkan sedekah kepada golongan tersebut yang sangat memerlukan. Dengan juadah berbuka puasa yang menyelerakan pasti air liur akan berjatuhan melihat makan yang ingin kita jamah untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah seperti kepala ikan putih masak asam budu, ikan keli masak merah bercampur sambal asam dan lain-lain pastinya kita tidak akan melepaskan peluang apabila tiba untuk berbuka. Maka ujian dan dugaan bagi orang-orang yang berbuka agar keberkatan yang kita ingin cari tetapi kebencian Allah yang kita undang. Mana tidaknya, adab-adab berbuka tidak diperktikan ketika berbuka puasa. Contoh yang ada pada Nabi Muhammad SAW ketika berbuka wajib kita ambil sebagai sunah didalam kehidupan kita. Bukan sahaja dibulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan yang lain juga harus kita amalkan. Agar kaedah pemakanan kita ketika berbuka dapat dicontohi oleh Isteri dan anak-anak kita. Malahan jika kita mengambil contoh cara Rasulullah SAW ketika berbuka ataupun makan pastinya dari segi kesihatan akan lebih terjamin. Setiap perbutan baginda SAW mengandungi banyak hikmah yang tidak harus kita pertikaikan. Bersempena bulan Ramadhan ini ramai dikalangan kita yang meremeh-remehkan adab-adab ketika berbuka puasa. Apa tidaknya, apabila perut penuh dengan makanan ia akan menyulitkan kita untuk melaksanakan ibadah.

Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali ada menjelaskan didalam kitabnya Bimbingan Mukmin Bab Puasa, berkenaan syarat-syarat berbuka puasa. beliau telah menghuraikan enam syarat-syarat berbuka dan hanya salah satu sahaja yang saya petik dalam ruangan ini sebagai panduan kita bersama.

Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum bahwa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa terbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.


Biasakanlah diri kita ketika berbuka dengan ala kadar sahaja, dengan kesederhanaan ketika berbuka akan lebih memudahkan kita untuk beribadah..

Selamat beramal dan selamat berbuka..