Alhamdullilah, dengan masa yang terluang dapat juga saya menulis semula selepas balik daripada KL pada 20/09/2009 hari raya pertama, hampir 2 bulan saya berkampung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama isteri dan anak saya mohd Azam. Ini adalah kali yang ke2 saya membawa Azam pada 10/08/2009 dan sebelum ini pada bulan 5 yang lalu saya membuat rawatan susulan akibat masalah usus besar dan yang terbaru penafasannya yang tidak stabil.
Ketika 7 bulan, Azam telah cirit-birit berterusan sehinggalah umurnya mencecah 2 tahun lebih. Dr Pakar di hospital Likas tidak menemukan apakah punca keadaan azam dan mensyorkan kepada kami untuk mencuba dapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan Pakar Usus disana. Alhamdulillah dengan cadangan itu kami tidak memikir panjang terus membuat keputusan bersama isteri untuk membawa Azam mendapatkan rawatan di PPUM KL.
Pengalaman menjaga azam ketika sakit berpanjangan,setiap hari pampers terpaksa ditukar sebanyak 7 hingga 10 kali kerana sentiasa mengeluarkan najis dan dibahagian punggungnya mengalami kemerah-merahan adakalanya berdarah, sehinggalah umur azam masuk 2 tahun 1 bulan setelah rawatan daripada PPUM ,tiba-tiba cirit birit beransur pulih.
Sebelum 2 minggu hendak bertolak ke PPUM ada seorang sahabat saya Hj Mohd Zin meminta saya cuba minumkan air Gamat Asli kerana katanya banyak kenalan dan pelanggannya sembuh dengan izin Allah setelah meminum Gamat Asli.Harganya tidaklah mahal mana cuma RM20.90(60ML). Saya telah meminumkan 2 botol Air gamat selama 1 bulan 2 minggu Alhamdulillah dengan izin Allah Azam sembuh daripada cirit-birit Azam juga bersih tanpa meninggalkan bekas-bekas luka sebelum ini. Itulah kekuasaanya Allah yang Maha Penyembuh. Bukan sahaja saya bahkan Salah satu contoh dan kekuasaan Allah yang pernah dialami sahabat saya hj Mohd Zin ketika isterinya mengalami penyakit jantung berlubang. Isteri beliau pernah dimasukkan kedalam wad SMC Damai selama sebulan kerana penyakit yang dialami oleh isterinya sehinggahkan Dr membuat keputusan untuk melakukan pembedahan. Dr telah memaklumkan kepada Hj Mohd Zin pembedahan yang akan dilakukan ini akan mengambil risiko sama ada hidup atau mati (50-50) . Hj Mohd Zin mengambil keputusan untuk membatalkan pembedahan tersebut dan mengeluarkan isterinya daripada wad, sehinggalah dia berjumpa dengan sahabatnya daripada perlis yang merupakan pengeluar produk Gamat asli dan beliau mencadangkan untuk mencubanya, tanpa rasa putus asa beliau berusaha dan yakin kepada Allah yang Maha Penyembuh. Dengan keyakinan beliau kepada hadis Nabi SAW, "Dari 'Atha, dari Abu hurairah bahawa berkata Rasulullah SAW bersabda"
TIDAKLAH ALLAH MENURUNKAN PENYAKIT, MELAINKAN DIA MENURUNKAN OBATNYA"
(Shahih Al-Bukhari&Muslim).
Alhamdulillah setelah mengamalkan minum Gamat Asli tersebut hj Mohd Zin datang semula ke SMC untuk membuat scan dan rawatan susulan, Masyaallah, dengan kekuasaan Allah jantung berlubang yang dialami oleh isteri beliau sembuh dengan izin Allah. Dr terkejut dengan kejadian yang luar biasa, yang tidak boleh diterima oleh akal manusia mustahil untuk sembuh. Tetapi itulah tanda kekuasaan Allah yang tidak mampu untuk dicapai oleh makhluknya. Tujuan saya mendedahkan pengalaman yang dialami oleh saya dan Hj Mohd Zin ini adalah supaya kita sentiasa mengharapkan kebergantungan kepada Allah swt yang menyembuhkan, atas usaha dan ikhtiar kecil kita Air Gamat tersebut adalah sebagai asbab sahaja untuk ia sembuh.Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit.
InsyaAllah setiap penyakit pasti ada obatnya, yang penting kita yakin kepada Allah DiaLah yang Maha penyembuh dari segala penyakit. Hasil daripada penyakit yang menimpa akan menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Syukur kehadrat Allah yang memudahkan saya dan isteri dalam meghadapi ujian yang kecil ini. Sebagai satu latihan kepada diri untuk tabah menghadapi ujian Allah Ta'ala. Ujian yang saya lalui ini mungkin tidak seberapa, mungkin diluar sana ada lagi yang lebih besar ujian yang ditempuhi daripada saya. Sepanjang berada disana banyak pengalaman yang boleh diambil dan keterluangan masa yang banyak bersama isteri dan anak. Sebelum ini saya beberapa kali mengikuti Program Ziarah Hospital, aktiviti yang di buat oleh Yayasan Amal M'sia cwgn Sabah tetapi buat kali ini saya yang duduk dan tidur dalam wad bersama-sama dengan pesakit-pesakit yang lain di PPUM. Saya menganggap ini ziarah yang lama bagi saya dalam melaksanakan aktiviti amal. Aktiviti-aktiviti Yayasan Amal seperti ini wajib diteruskan dari masa-kesemasa agar mendidik hati kita supaya menyayangi waktu sihat yang Allah kurniakan kepada kita, sebelum kita diziarahi oleh orang lain. Kecapilah masa sihat dengan berbakti kepada Allah swt.
Pada kali ke 2 rawatan ini, azam terpaksa menggunakan bantuan oxsigen ketika setiap kali hendak tidur, dan bukan itu sahaja saya dan isteri kena mengeluarkan kahak azam dengan menggunakan mesin yang dibeli sendiri. Aktiviti ini mesti dilakukan setiap hari pada siang hari sekali dan malam sekali bagi memudahkan azam untuk minum susu. MasyaAllah mencabar juga dibuatnya, itulah tugas yang perlu dipikul daripada seorang ayah dan ibu. Serba sedikit ilmu yang dipelajari daripada PPUM dapat dipraktikkan di rumah bersama isteri dan mungkin juga sahabat handai yang memerlukan pertolongan, InsyaAllah kami sedia membantu.
Buat kali ini, cukup setakat ini sahaja coretan pengalaman saya yang mungkin berguna dan bermanfaat kepada semua. InsyaAllah diruangan yang lain jika diberikan kesempatan masa dan ruang mungkin saya akan berkongsi bahan-bahan yang tidak sempat saya ceritakan didalam ruangan ini.
Terima kasih, kepada keluarga saya, keluarga sebelah isteri dan sahabat-sahabat yang membantu dari sudut kewangan dan doa yang yang dipanjatkan ke hadrat Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan