Kg Sinisian tempat bermalam (homestay)
Gunung Kinabalu diwaktu Pagi
MasyaAllah , sabtu dan ahad baru-baru ini 24-25/11/09 terasa kepenatan dibuatnya apa tidaknya saya membawa keluarga bercuti di kundasang sambil mengikuti Program IT di TM Resort, menikmati udara kundasang yang segar dan sejuknya yang menyegarkan. Sekali-sekala baik juga, terasa mcm di Cameron Highland.
Lokasi bermalam kami sekeluarga di Kg. Sinisian (homestay), dengan harganya yang jauh lebih murah berbanding tempat penginapan yang lain. Harga semalam penginapan ialah RM60-RM120 semalam. Tertakluk dengan keluasan bilik yang diinginkan. Kelengkapan seperti dapur masak, tandas, tv , astro, air panas dan servis/ layanan mesra oleh setiap pemilik-pemilik rumah di Kg Sinisian Kundasang, Ranau.
Bertepatan dengan program IT dan rehla kelurga, daerah kundasang telah mengadakan program Pesta Kobis yang diadakan setiap tahun, memandangkan kundasang adalah tempat utama pengeluar kobis di negeri sabah maka Pesta Kobis adalah program yang seringkali diadakan di daerah Kundasang pada setiap tahun. Disamping itu juga daerah Kundasang adalah destinasi pelancongan terbaik untuk dilawati selain daripada daerah-daerah lain yang terdapat di sabah. Sebut sahaja kundasang mereka-mereka yang telah pernah berkunjung kesini pasti mengetahuinya. Bukan itu sahaja, program yang serentak diadakan bertempat di pekan ranau jaraknya 20Km daripada Kundasang telah berlangsung Pesta Durian. Masyarakat yang berada di luar Ranau telah berkunjung beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang menikmati buah durian dengan harga yang sangat murah.Cuma saya dan keluarga tidak sempat untuk memiliki durian yang murah, ole-ole untuk dibawa balik ke rumah tetap ada.
Keindahan Gunung Kinabalu di kundasang diwaktu pagi kelihatan menarik dan sejuk mata memandang pabila melihatnya apatah lagi dengan udarahnya yang nyaman membuatkan kita akan terasa tenag dengan kehebatan ciptaan Allah swt.
Keindahan Daerah Kundasang diWaktu Matahari naik.
Lokasi terakhir saya bersama keluarga di Kolam Air Panas, Poring. Ranau. Sesiapa yang ingin membawa keluarga saya mencadangkan Kundasang Ranau adalah tempat yang sesuai dan menenangkan dengan keindahan ciptaan Allah swt.
Kolam Air Panas Poring, Ranau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan