Assalamualikum wbrt..Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Rabull Izzati kerana dengan kasih dan sayangnya terhadap hamba-hambaNya maka dapat saya melapangkan masa untuk mencoret kalimah-kalimah yang baik untuk diri yang kerdil ini dan juga buat pembaca blog ini. Begitu lama saya tidak menulis..mungkin terlalu banyak masa menguruskan urusan yang tidak pernah selesai, ujian demi ujian pasti akan dilalui oleh hamba-hambaNya seperti saya.
Tergerak hati ini untuk menulis disebabkan keadaan dunia pada hari ini seumpama tanda-tanda akhir zaman semangkin kita rasai bahkan telah terjadi. Kejatuhan pemerintahan diktaktor satu demi satu jatuh oleh kebangkitan raykat di Tunisia, Mesir, disusuli oleh Yaman, Bahrin, Jordan dan yang terbaru Negara Syria yang mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban. Benarlah apa yang telah di katakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW tentang tanda-tanda akhir zaman, sebagi seorangg muslim yang beriman pastinya kita sentiasa memperkukuhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT agar kita tidak hanyut dengan kenikmatan dunia semata-mata ..
"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia berada didalam Kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan Beramal Soleh."(1-3)
Makna ayat di atas amat bertepatan dan sesuai kepada kita selaku khalifa yang mendiami bumi fana ini. Allah secara jelas menerangkan kepada makhluknya jin dan manusia akan kerugian yang akan diperolehi sekiranya kita lalai dan leka didalam meguruskan kehidupan di dunia.Kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sahaja yang di janjikan oleh Allah SWT terhindar daripada kerugian di dunia dan akhirat. Pastinya manusia suka akan keseronokan dan kesenagan dalam hidup, tetapi kesenangan yang hakiki adalah kesenagan hidup di akhirat kelak. Hargahilah masa kita di dunia, sebagi orang yang beriman kita dapat memahai erti kehidupan yang sebenar di atas buka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.
Semoga kita menjadi hamba-hambahNya yang berusaha dan beristiqomah dalam mengukuhkan ketaqwaan kita kepada tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagiNya.
terimaseadanya.blogspot.com
3.24.2011
8.13.2010
SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Alhamdulillah kita telah masuk Ramadhan ke -4 pada tahun ini dan tidak keterlambatan saya mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kenalan yang mengenali blog ini . Semoga Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna dalam kita mengabdikan diri kepada Allah SWT, perbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini yang mana bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad yang mana ia suatu kemulian dan anugerah yang besar untuk kita umat akhir zaman. Inilah satu
.
Firman Allah taa'la " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana di wajibkan umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa" ( Al-Baqarah-ayat 188)
InsyaAllah sama-samalah kita mengambil peluang dengan sebaik mungkin dan manfaatkanlah bulan Ramadhan dengan melipat kali gandakan amalan kita dengan niat yang ikhlas semata-mata inginkan keredhanNya.

6.23.2010
AWASA KEUJUDAN PENGANAS, TAPI SEJAUHMANA KESAHIHANNYA?
Mohon kemaafan kepada pengunjung blog ini kerana hampir 2 bulan saya tidak menulis disebabkan kesibukan yang begitu banyak untuk diselesaikan. Alhamdulillah, kasih sayang Allah kepada saya memberikan masa yang terluang untuk saya mencoret sekadar yang termampu.
Memandangkan isu semasa yang baru-baru ini keluar dimedia masa berkenaan dengan keujudan penganas di IPTA-IPTA tempatan, Pemimpin politik Islam dilibatkan dan beberapa orang ulama dan badan NGO terpalit sekali. Amat mengecewakan kita jika fakta yang tidak berasa ini dijadikan sebagai bahan bukti untuk menzalimi orang yang tidak bersalah. Kerjaan harus melihat isu ini sebagai suatu isu yang berbahaya jika fakta atau bukti yang dibawa tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk dijadikan bukti yang kukuh.
Kalau benar, bawa datang bukti dariman sumbernya? adakah orang yang mendedahkan kenyataan ini benar-benar mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh oarang-orang yang terlibat. Kalau saya melihat secara peribadi orang yang dituduh ini mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan banyak memyumbang dalam meninggikan syiar Islam di bumi Malaysia yang tercinta.
Allah menciptakan manusia dimuka bumi ini menginginkan kehidupan aman dan damai dan ia suatu perkara yang fitrah kepada manusia, tidak mengira agama dan warna kulit. Hargahilah nikmat keamanan yang dikurniakan Allah kepada kita, dan pihak pemerintah sewajibnya menjaga dan memelihara keharmonian negara daripada ansir-ansir jahat di negara ini. Elakkan membuat tuduhan yang belum jelas buktinya bagi menjaga maruah seseorang indivedu. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam membuat sebarang tuduhan kepada seseorang. Bawakan bukti yang telus dan amanah sebelum membuat tuduhan kepada seseorang indivedu atau badan-badan NGO.

3.22.2010
Baja Organik Fasa -2
Bismillah...syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayahnya Yayasan Amal Malaysia Cawagan Sabah telah menjayakan program kemasyarakat di daerah Pitas,Sabah. Program Penanaman sayur Organik Fasa-2 dengan menggunakan baja Organik Kompus dapat dilaksanakan di Kg. Rokum Pitas, Sabah pada 06/02/2010 . Walaupun saya terlewat menulis berkenaan dengan aktiviti tersebut di dalam blog ini kerana disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan, walau bagaimanapun ianya terlaksana juga akhirnnya, alhamdulillah.
Aktiviti tersebut yang diketuai oleh Setiusaha Yayasan Amal M'sia Cawangan Sabah, saya sendiri selaku Pengarah Program dan sahabat-sahabat Yayasan Amal Pitas bersama-sama penduduk Kg Rokum telah bergotong-royong dalam menjayakan aktiviti tersebut dengan jayanya.
Program Penanaman Sayur Organik Fasa -3 InsyaAllah akan diadakan pada tahun ini juga, cumanya tarikh dan masa masih belum ditentukan. Program sebegini baik untuk penduduk kampung dan masyarakat amnya disamping pendedahan tentang kebaikan Sayur Organik dan memandangkan potensi Sayur Organik juga sangat tinggi untuk di komersilkan jika ianya diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana, Sayur-sayuran yang terdapat di pasar-pasar bukanlah baik untuk kesihatan manusia itu sendiri, disebabkan sayur tersebut dihasilkan dengan menggunakan baja kimia. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Sayur Organik adalah bahan semulajadi dan tidak menggunakan baja kimia yang ada pada hari ini.
Penggunaan baja kimia akan menghasilkan kualiti sayur yang tidak segar, tidak baik untuk kesihatan tubuh badan, dan bukan itu sahaja malahan setiap organisma-organisma dalam tanah akan mati hasil daripada penggunaan baja kimia. Oleh sebab itulah Yayasan Amal M'sia Cawangn Sabah mengambil langkah yang proaktiv bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti sebegini dalam menyedarkan masyarakat keburukan dalam penggunaan baja kimia dan pengambilan sayur-sayuran yang menggunakan kaedah penanaman baja kimia.
Penduduk Kg Rokum Pitas, sabah bergotong-royong penyiapkan jaring penghadang matahari.
Semoga dengan program sedemikian dapat membuka mata masyarakat kepentingan dan manfaat yang besar didalam pengambilan sayur-sayuran yang di tanam dengan menggunakan kaedah baja Organik. Bukan itu sahaja kalau kita melihat dari sudut kesihatan ianya juga dapat membantu kita mengurangkan resiko penyakit. Pada hari ini pelbagai penyakit yang terjadi sebilangan besarnya berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak sihat. Bahkan dengan usaha kecil Yayasan Amal ini dapat diikuti dan di contohi oleh badan-badan NGO yang lain. InsyaAllah

3.15.2010
Artikel Berkaitan Sihir - 3
terimaseadanya.blogspot.com
Proses Membuktikan Amalan Sihir Mesti Jelas
- Mohamad Isa Abd Ralip
Posted on December 24th, 2009 in Syariah
Hakim perlu bantuan pakar, saksi sebelum putuskan hukuman ke atas pengamal ilmu hitam
AMALAN sihir dalam melakukan kegiatan jenayah dilihat semakin meruncing dalam masyarakat masa kini dan seterusnya membuka mata banyak pihak betapa serius perkara ini dan memerlukan penyelesaian segera. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Sihir yang diamalkan dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu bagi tujuan melindung diri, mendapatkan kelebihan, mengawal dan memusnahkan musuh serta meramal masa hadapan. Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti saka yang menggunakan jin atau syaitan (kadam, toyol, roh orang mati, hantu), azimat dan menggunakan jampi serapah.
Malah amalan sihir ini turut berlaku di dalam perbicaraan kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah dan kesannya sihir boleh menghasilkan natijah luar biasa, menarik, mengelirukan dan kadangkala berupaya mengatasi masalah manusia selepas pelbagai ikhtiar dilakukan. Amalan sihir ini terus diamalkan secara tersembunyi atau terang-terangan seolah-olah ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apatah lagi usaha untuk menghalangnya seumpama tidak wujud dan jelas.
Amalan itu berleluasa kerana tiada undang-undang yang diperuntukkan bagi mengekang masalah ini seterusnya tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap orang yang menggunakan sihir dan pengamalnya. Oleh itu, cadangan yang dikemukakan pada `Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor, baru-baru adalah sesuatu yang boleh diterima dan diperhalusi. Namun begitu, kajian menyeluruh dengan pakar dalam bidang ini amatlah dialu-alukan bagi mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.
Penggubalan undang-undang berkaitan sihir ini adalah suatu yang mendatangkan kebaikan kerana ia dapat mengekang amalan sihir ini daripada berterusan dan digunakan sewenang-wenangnya dalam masyarakat.
Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana melalui peruntukan undang-undang ini dapat membuktikan ama lan sihir itu berlaku sedangkan amalan sihir adalah suatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bersifat abstrak. Dalam hal ini, pandangan pakar amatlah perlu bagi membantu hakim dalam membuat keputusan.
Firman Allah maksudnya, “Oleh itu, bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya” (Al-Nahl:42).
Ayat itu menyarankan kepada kita agar bertanya kepada orang yang mengetahuinya. Inilah yang dikatakan meminta pendapat “ra’yu al-khabir” di dalam prinsip Undang-undang Keterangan Islam.
Persoalan lain pula akan timbul iaitu siapakah pakar-pakar berkenaan? Siapa yang akan menentukan bahawa mereka adalah pakar? Adakah wujud badan yang pakar dalam hal itu?
Antara kes yang boleh dirujuk adalah kes Mustafa Batcha lwn Habeba Abd Rahman di dalam kes cerai talak tiga yang mana perayu mendakwa bahawa beliau pada ketika itu tidak tahu apa yang dilakukannya kerana terkena sihir, ada barang sihir dan hanya sihat setelah mendapat rawatan daripada dukun.
Ia perbuatan yang dikeji di dalam hukum Islam. Perayu menyatakan bahawa selepas beliau ke kantin di sebuah kilang, fikirannya tidak tenteram, selalu bergaduh dan marah pada isterinya, timbul rasa benci dan memukul isterinya dan beliau sendiri tidak mengetahuinya. Dalam pada itu, perayu dengan tidak sedar diri telah membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk menceraikan isterinya. Perayu mendapati bungkusan kain putih di dalam kantin itu dan beliau berusaha berubat cara kampung. Menurut orang yang mengubatinya (dukun), beliau terkena sihir kerana berjaya mendapatkan kantin itu.
Berdasarkan rekod perbicaraan, hakim memutuskan hukumannya berdasarkan kepada ikrar yang dibuat oleh perayu yang ia sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Walaupun ikrar adalah salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam hukum syarak tetapi sebelum ikrar itu diterima ia hendaklah dipastikan ia dilakukan secara mutlak tanpa syarat, ikatan atau kait mengait dengan perkara lain. Jika ia dikaitkan dengan perkara lain dan tidak mutlak sebagaimana ulama berpendapat bahawa ikrar itu tidak sah.
Kes di atas adalah antara contoh kes kekeluargaan yang membabitkan sihir yang dilaporkan. Situasi sebenar yang dapat kita lihat di dalam kes amalan sihir adalah rumit dan memerlukan penelitian yang khusus terutama daripada hakim yang akan membuat keputusan memandangkan tiada peruntukan undang-undang yang khusus bagi menangani masalah yang membabitkan sihir.
Saranan paling tepat adalah kes itu didengar dan dibicarakan sewajarnya dengan memanggil saksi untuk memberikan keterangan, pendapat “ra’yu al-khabir” sama ada benar atau tidak sihir digunakan dengan membincangkan latar belakang, suasana dan keadaan kes yang diikrarkan.
Peruntukan undang-undang berkaitan sihir ini perlu diwujudkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah bagi mengekang masalah ini daripada terus berleluasa. Sekiranya tiada peruntukan undang-undang berkenaan, ia akan membolehkan individu, bomoh atau penjenayah yang mengamalkan ilmu sihir dan melakukan jenayah serta menganiayai orang lain terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang.
Perjumpaan antara pengamal undang-undang, ahli agama, ahli akademik dan badan tertentu penting bagi membincangkan penyelesaian kepada masalah ini seterusnya boleh diusul dan dibahaskan dengan terperinci pada peringkat Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan isu nasional dan akidah umat Islam.
Peguam Syarie Menulis
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20091222234832

3.12.2010
RENUNGAN BUAT KITA BERSAMA..
Setiap kejadian yang ada di muka bumi ini menunjukkan tanda kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Penciptaan yang terbentuk sama ada di langit mahupun di bumi, daratan dan lautan memantapkan lagi I'tikad kita kepada Allah kerana yang berhak di sembah hanyalah Allah s.w.t
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa" (Al-hujurat:13)
Semoga kita manjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianya, kerana penciptaan setiap manusia ke dunia ini adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. .
3.09.2010
Tarbiahlah Anak Mu Dengan Acuan Islam..
Bismillah..Alhamdulillah puji-pujian dipanjatkan bagi Allah s.w.t yang menciptakan siang dan malam tanpa ada keberatan bagiNya walaupun sedikit. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda..
Terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ini disebabkan kesibukan yang tidak henti-henti untuk dikejer, pasti kesibukan tidak akan berhenti selagi kita masih diberi masa oleh yang Maha pencipta menikmati nikmat kehidupan sebagai seorang manusia. Diri kitalah yang menilai sejauh mana kita gunakan kehidupan ini agar ia dapat memberikan pulangan yang baik dihadapan pengadilan Allah s.w.t.
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita, yang tua tidak akan muda kembali, yang pergi bertemu Ilahi tidak mungkin kembali lagi dan yang hidup harus bersedia untuk menerima panggilan Izrail.Semoga hidup kita dimanfaatkan sehabis baik dengan perbuatan amal soleh, anggaplah seminit itu sangat bernilai bagi yang menghargahinya. Seorang penyair ada mengatakan " Masa lalu sudah berlalu dan masa depan masih suram, sekarang adalah milikmu dan janganlah kamu sia-siakan"
Tahun 1431H/2010 harus kita rebut peluang ini dalam mendekat diri kepada Allah s.w.t untuk persediaan kita di hari kemudian. Bagi seorang yang begelar Ayah dan Ibu kewajipan yang harus ditunikannya ialah mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh serta mentaati ajaran Islam dengan sebaik mungkin.
Tanggungjawab yang diamanahkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul bagi seorang Ayah dan Ibu agar memastikan anak-anak yang lahir ke dunia mendapat dididikan dan tarbiyah yang sempurna. Panduan yang teragung lagi terbaik ialah Al-Quran al-Karim dan acuan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis baginda adalah sebaik-baik panduan untuk diikuti.
Firman Allah s.w.t
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, panjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkaNya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Ayat;At-Tahrim 6).
Masa hadapan masih tidak mampu untuk kita ramalkan tetapi kita harus mengatur strategi yang disusun atur dengan baik dalam memberikan penumpuan bagi melahirkan anak-anak kita dididik di bawah panji-panji kalimah Tahuid dan sunnah Rasulullah s.a.w . Kita mahu melahirkan kembali genarasi anak-anak yang mujahid dan mujahidah, bertaqwa, berdisiplin, berakhlak mulia, berjiwa kental, semangat yang kuat dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
InsyaAllah anak-anak kita mampu untuk menjadi insan yang dapat menguasi kecanggihan dan teknologi yang ada pada hari ini bahkan dapat menguasai bidang-bidang yang lain untuk dimanfaatkan oleh semua manusia khususnya di tanah air kita Malaysia dan Amnya dunia.
Saya ingin kongsikan kisah Hasan Al-Basri untuk motivasi diri sebagai seorang Ayah dan Ibu. Niat yang ikhlas, semangat yang utuh dalam memberikan pentarbiyahan yang sempurna kepada anak-anak supayah genarasi akan datang dapat menjadi genarasi yang mampu megembalikan kembali kegemilangan Islam.
Peristiwa berlaku semasa di Basrah Sayidina Ali r.a telah berpeluang mendegar majlis ilmu yang disampaikanoleh seorang budak lelaki kecil.Majlis itu dipenuhi oleh orang ramai. Selepas tamat majlis itu Sayidina Ali memanggil orang muda tadi laluberkata "Wahai budak, engkau telah berkata dan engkau sungguh pandai dalam berkata-kata dan engkau seorang fasih, dan engkau menepati (kebenaran). Aku akan tanya kamu 2 soalan, yang pertama apakah tiang agama?" Jawabnya "Wara"." Sayidina Ali bertanya lagi soalan ke 2, apa dia perosak pada agama?." Jawabnya:"Tamak." Sayidina Ali seterusnya berkata." Teruskanlah wahai budak, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik orang yang aku lihat."
Budak kecil itu ialah Hasan Al-Basri. Budak kecil ini sampai ke peringkat ilmunya yang tinggi disebabkan pendidikan yang di laluinya di masjid, kerana kepimpinan dan ilmu itu diperolehi di masjid.

Langgan:
Catatan (Atom)