9.19.2009

Jangan lupa menunaikan Zakat

Tinggal sehari dua sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidililfitri, hari kemenangan bagi seluruh umat islam yang telah melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadhan. Menahan diri daripada lapar dan dahaga, menjauhkan perbuatan-perbuatan maksiat yang boleh membatalkan puasa. 1 Syawal adalah hari yang mulia dan penuh dengan rahmat kasih sayang Allah swt, dan digalagkan kita memperbanyakkan tahmit , takbir dan tasbih kepada Allah swt tanda kesyukuran kita kepadaNya.

Didalam kemeriahan dan kesibukan  kita menyambut IdulFitri  yang hampir tiba jangan kita lupa untuk melaksanakan rukun Islam  ke empat  iaitu menunaikan zakat Fitrah yang mana ia fardu keatas umat islam . Imam Al-Ghazali ada menjelaskan di dalam kitabnya Bimbingan mukmin akan orang-orang yang tidak mengelurkan zakat Allah swt mengancam sekeras-kerasnya orang islam yang tidak mengeluarkan zakat seperti mana firman Allah ta'ala:

"Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak mebelanjakan dijalan Allah, maka beritahulah mereka itu akan ditimpa azab yang pedih" (Taubah:34)

Maksud membelanjakan dijalan Allah ialah mengeluarkan zakat. Dengan adanya ancaman yang keras daripada Allah ta'ala ia satu amaran dan juga peringatan kepada umat islam akan kewajiban menunaikan zakat dan  jangan sesekali dipandang ringan.

.Dalam hadis-hadis Nabi saw juga banyak dinyatakan kewajipan-kewajipan mengeluarkan zakat fitrah kepada umat islam. Ini menunjukan kepentingan dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan tidak boleh kita meringan-ringankan kewajiban mengeluarkan zakat.sabda Nabi saw:

" Bahawa Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan kepada manusia, iaitu satu Sha' (gantang) kurma atau satu Sha gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita"
(Hadis sohih Muslim)


Tujuan dan hikmah kita mengeluarkan zakat  adalah untuk mebersihkan dosa-dosa kita dan menghilangkan sifat kikir dan  kedekut yang ada pada diri manusia , dengan kekayaan yang ada dihadapan mata kita akan menyebabkan manusia lupa bahawa setiap pemberian Allah saw adalah sebagai ujian didunia semata-mata. Keimanan dan ketaqwaan sahaja yang akan menyelamatkan manusia  daripada seksaan api neraka Allah ta'ala. Disamping itu juga, sifat kasih sayang akan lahir hasil daripada zakat yang dikelurkan, dengan fitroh kasih sayang sesama manusia akan melahirkan manusia yang beriman dan beramal soleh.

Disamping itu juga kita dapat melatih diri untuk membiasakan membantu orang yang susah seperti golongan fakir miskin hasil daripada hikmah mengelurkan zakat , dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang akan kita dapati jika kita memahami dan mentaati perintah Allah swt. Apabila kita bertemu dihadapan Allah azzawajal nanti, setiap amalan baik kita ketika di dunia dahulu akan menerima ganjaran yang hakiki di akhirat kelak. Tidak rugi dan siasa-sia apa jua perintah dan amanah yang diperintahkan kepada kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya Idulfitri kepada semua yang membaca blog ini , maaf zahir dan batin. Sambutlah 1 syawal dengan tanda penuh kesyukuran kepada Allah swt. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan