Besabarlah kerana Sabar itu Indah.
Besabarlah kerana Sabar itu Indah. Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh dengan kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak sabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?Dalam keadaan dunia pada hari ini, kita hidup seolah-olah dalam keadaan ketakutan dengan apa yang berlaku. Dengan wabak vairus H1N1 sahaja kita menjadi tidak menentu. Kematian akibat H1N1 sehingga kini ialah seramai 12 orang.Mengikut fakta WHO jangkitan H1N1 atau lebih jelas dan mudah di fahami Selesma Babai akan meningkat ketahap yang lebih tinggi lagi. Berjuta-juta akan di jangkiti dengan Vairus H1N1. Belum ada lagi Vaksin yang boleh menyembuhkan Vairus tersebut. Disinilah Sifat kesabaran perlu ada pada orang mukmin. Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar ? Dan apakah kita mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi ujian ini ?
Semua yang berlaku di dunia ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. Sifat sombong, tamak, zalim dan sifat-sifat yang tercelah wajib kita tinggalkan agar kemurkaan Allah tidak membinasakan kita. Musibah atau melapetaka yang berlaku tidak mengira tua atau muda, kecil atau besar, orang agama atau sebaliknya.Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa kita tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitanSama-samlah kita renungi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan