Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Allah Raball A'lamin, yang memberikan peluang kepada kita untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan selamat melaksanakn ibadah puasa kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini.
Hadapilah malam-malam Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan, kemungkinan tahun hadapan belum pasti bertemu lagi. Bangunlah dan menagislah kerana Allah, kerana titisan air mata yang jatuh itu akan menjadi saksi dihadapan Raja hari pembalasan. Yang mana hari tersebut tiada siapapun berupaya menyelamatkan dirinya, melainkan amal soleh kita sewaktu di dunia. Perlu diingat sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, jangan kita lupa pada anak yatim. Sesungguhnya Nabi SAW amat mennyayangi anak-anak yatim, bantulah saudara-saudara kita yang fakir dan miskin. Semoga kita mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.
Banyakkanlah berdoa, sesungguhnya doa pada bulan Ramadhan adalah doa-doa yang dimakbulkan oleh yang Maha pengasih dan penyang. Tadahlah tangan, doakan saudara-saudara kita di bumi palastin,uyghur (Xinjiang, China)dan di seluruh dunia. Semoga mereka tabah, sabar dan terus berjuang bagi membebaskan tanah tumpah daripada kekejaman musuh-musuh Allah.
Selamat Berpuasa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan