8.23.2009

ETNIK UIGHUR MENANGIS TANPA BANTUAN DUNIA ISLAM

Pertumpahan darah yang berlaku di Xianjiang baru-baru ini tidak begitu mendapat perhatian luas kepada dunia Islam. Dimanakah perginya negara-negara Islam yang lantang besuara bagi membantah pembunuhan beramai-ramai umat islam Uighur. Perjuangan dan penindasan yang dihadapi oleh umat islam Uighur bukan baru. Sudah berlanjutan hampir lima dekat dan mungkin juga ada dikalangan kita yang tidak mengatahui akan keujudan komuniti Islam Uighur yang besar di wilayah terpecil di Asia tengah ini sehinggah tercetuslah rusuhan bedarah yang mengakibatkan kematian dan kecederahan .

Negara yang lantang bersuara ialah Turki. Iran, Pakistan membisu tanpa tindakan. Malaysia dimanakah suaramu? cukup sedih dan kecewa dengan negara-negara Islam yang maju dalam memeberikan tekanan kepada kerajaan China. Wahai pejuang-pejuang Islam!bangunlah daripada tidur, lihatlah saudara-saudaramu yang di bunuh dengan sewenag-wenagnya. Dimanakah Khalid Al-Walid? dimanakah Salahuddin Al-Ayubi? Menitis air mata melihat saudara-saudara Islam kita di tindas dan di bunuh.

Layanan yang buruk diberikan kepada umat Islam Uighur oleh kerajaan China telah berlaku sewaktu pemerintahan Mao Zedong lagi. Dasar yang diamalkan oleh kerajaan China dalam penindasan politik,budaya, ekonomi, dan agama menyebabkan Umat Islam Uighur bangkit besuara, agar rintihan dan luahan mereka dapat di dengar oleh kerajaan China. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya, tentera dikerahkan untuk menyuraikan perhimpunan dengan menggunakan kekerasan yang mengakibatkan kecederahan dan kematian.

Saudara-saudaraku budiman, kita haruslah melihat kejadian yang berlaku ini memberikan kesedaran kepada kita dan umat Islam diseluruh dunia untuk bangkit menyuarakan kezaliman yang berlaku. Bukan sahaja umat Islam Uighur tetapi juga di bumi Palastin, Chechan, Iraq, mindanau Filifina dan diseluruh dunia amnya

Wanita, orang tua, anak kecil tertindas diatas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap umat Islam Uighur di China. Apa yang sewajarnya kita lakukan dan apa peranan kita sebagai umat Islam? kemampuan kita mungkin terbatas. Sempena keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, cukuplah kita menadah tangan kepada Allah SWT agar memberikan kemenangan kepada Umat Islam Uighur, umat islam di Palastin dan di seluruh dunia. Setiap kali kita menadah tangan jangan dilupa saudara-saudara kita yang tertindas hasil daripada tangan-tangan golongan yang membenci Islam..

Islam pasti gemilang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan