12.07.2009

Al-Quran Mujizat Agong

Al-quran diwahyukan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah satu mujizat agong bagi umat Muhammad SAW. Kitab yang mengandungi masseg bernilai jika difahami dan dikaji akan maknannya.Pada hari ini ramai dikalangan umat islam hanya sekadar membaca sahaja tetapi tidak mengkaji kelebihan yang terkandung didalama Al-quran itu sendiri. Inilah punca kelemahan umat islam akhir zaman, disebabkan remaja-remaja kita yang hanya dididik daripada kecil sekadar membaca sehingga lancar daripada Iqro hinggalah  menamatkan pembacaan Al-quran, kita lupa untuk menghayati keterangan-keterangan ayat suci Al-quran.Bukan sahaja remaja bahkan disemua lapisan umur yang telah terdidik daripada kecil hanya sekadar lancar membaca Al-quran dan bagi ibu bapa memadahilah jika pandai membacanay.

Cukup malang bagi kita umat islam jika  tidak digarap usaha yang lebih untuk memartabatkan kefahaman dan kajian yang mendalam tentang Al-quran agar keuntungan dapat dimilik oleh umat islam hari ini dan anak cucu kita dimasa akan datang. Kehebatan Islam pada masa lalu melonjakkan nama islam dimata dunia, orang-orang barat berusaha bangun daripada zaman kegelapan menjadi tamadun yang hebat pada hari ini. Hasil kehebatan orang barat  hari ini adalah punca kehebatan dan keunggulan mujizat  Al-quran yang dibawa oleh Nabi saw, mereka mengkaji Al-quran dan meneliti dengan kesungguhan sehingga mereka berhasil bangun daripada zaman kegelapan kepada  tamadun yang berjaya di abat ini.

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita didik anak-anak kita agar mencintai Al-quran dan mengajar mereka memahami isi kandungannya agar kita dapat  melahirkan golongan ulul albab. InsyaAllah Islam akan bangun semula jika kita berpegang teguh kepada Al-quran dan dijadikan petunjuk  masseg-masseg yang terkandung didalamnya agar kita bangun semula menjadi umat yang unggul dan berkualiti. Allah ta'ala telah menjelaskan didalam Al-quran supaya kita meyakini dan beriman kepada Al-quran, kerana orang-orang yang meyakini akan keagongan Al-quran akan mendapat kejayan disisi Allah swt. Ini dijelaskan oleh Allah ta'ala didalam suratul baqarah ayat 1-5.

"Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)" (Al-baqarah .Aayat 1-5)

Al-quran bukanlah kitab rujukan atau buku-buku yang biasa kita baca, akan tetapi ia adalah kitab agong yang tidak ada tolok bandingnya. 1400 tahun sehingga sekarang Al-quran tetap hebat dan menjadi pegangan umat islam sehingga hari kiamat. Musuh-musuh Islam tidak mampu untuk mengubah  walau seayatpun daripada kitab suci Al-quran walaupun mereka mengumpulkan orang-orang cerdik pandai dikalangan mereka nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikan  tanpa keizin Allah swt.Tidak ada ayat yang mampu menandingi selain  Al-quran, itulah keunikan Al-quran yang diturankan Allah dengan perantaraan Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw dan seterusnya diwarisi oleh kita sehingga hari kiamat. Setiap kejadian yang dihamparkan di muka bumi ini baik tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang , kejadaian siang dan malam, lautan dan daratan  semuanya itu suatu petanda  kebesaran dan kehebatan Allah yang maha pencipta untuk di munafaatkan oleh manusia di muka bumi



"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22) Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23)


Kasih sayang dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita cukup banyak tidak terkira, dan kita tidak mampu untuk membayar dengan kekayaan yang kita ada walaupun kita memiliki  emas segunung kinabalu. Nikmat seperti oxsigan sudah cukup mengambarkan kasih sayang Allah yang tidak terbatas kasihnya kepada manusia, tetapi ramai dikalangan manusia yang tidak mensyukuri akan nikmatNya.Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang besyukur. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan