bismillahirrahmani rrahim…
Saya terlintas untuk memetik butang huruf memanjangkan pemerhatian saya untuk dikongsi mengenai satu topik yang seringkali diungkapkan terutama oleh mereka yang mengajak orang lain kepada Islam. Atau mereka yang cuba untuk mengembalikan penghayatan Islam sebagai cara hidup.Lebih khusus lagi bagi mereka yang merasakan bahawa penghayatan tersebut tidak mungkin berlaku melainkan dengan cara hidup berjamaah dan berharakah.
Ungkapan Ukhuwwah atau hubbu fillah seringkali kita dengar sama ada dalam tazkirah atau dalam usrah atau program-program tarbiyyah. Dalam entri ini saya tidak berniat untuk mengupas dari segi maksud atau dalil-dalil kelebihan berukhuwwah tetapi saya ingin melihat dari demensi perlaksanaannya.Semoga ianya menjadi peringatan kepada orang muda yang ghairah berharakah dan mengejutkan orang tua dalam kelekaannya untuk memastikan pewarisan dakwahnya kepada generasi selepasnya…Supaya ianya tidak bercampur kekotoran yang dicela oleh Allah dan RasulNya…
Sebenarnya suruhan dan galakkan berukhuwwah adalah kepada semua muslimin dan untuk semua muslimin…Ia dapat difahami daripada nas-nas yang umum yang begitu banyak sama ada daripada al-Quran dan juga hadis baginda s.a.w. Hak Perlaksanaannya daripda peringkat wajib yang mesti dilaksanakan seperti kena tolong apabila seorang muslim dizalimi…atau pun haram dikurangkan haknya seperti menyakiti jiran,mencabul maruah dan hartanya dengan mengumpat,memfitnah dan mengambil hartanya tanpa kerelaannya… kepada peringkat Fadhilat (sunat) seperti mengorbankan kepentingan diri demi sahabatnya…
antara nas-nas yang banyak itu anataranya:
“sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara maka perbaikilah antara dua saudara kamu”
“Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan jaganlah kamu berpecah belah…”
“Tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri” hadis
“Seseorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan daripada menyakiti saudaranya Muslin sama ada dengan tangan dan lidahnya”
Jangan Tersalah Ubat Atau Terlebih Dos…
Bagi pengasas mana-mana harakah serta kepimpinan selepasnya menjadikan seruan berukhuwwah ini sebagai satu motivasi berterusan yang amat dititikberatkan di kalangan ahlinya. Malah Imam as Syahid Hasan Al Banna menjadikan ia sebagai salah satu Rukun Bai’ah bagi sesiapa yang ingin intima’ dengan Ikhwan Muslimin.
Seruan ini sebenarnya adalah merupakan seruan permulaan dalam mengajak muslimin seluruhnya untuk merialisasikan ajaran Islam dalam keseluruhan hidup mereka. Satu gambaran masyarakat kecil yang berkasih sayang dan saling mengenali,memahami serta bantu membantu antara satu sama lain (bertaaruf, bertafahum dan bertakaful) boleh dilaksanakan di dalam sebuah Jamaah atau organisasi kecil yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat malah ummah seluruhnya apabila ianya dilakukan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda s.a.w.
Ini boleh berlaku apabila tidak menghadkan kasih sayang tersebut kepada mereka dalam kumpulannya atau Jamaahnya sahaja tetapi menjadikan suasana Jamaahnya sebagai tempat melatih serta menyuburkan perasaan kasih sayang sesama muslimin.Sesiapa yang melatih hatinya untuk mengasihi seseorang atau sebahagian orang dengan cara yang betul sebenarnya dia sedang menyediakan jiwanya untuk mengasihi semua orang malah menyediakan dirinya untuk berintraksi dengan makhluk Allah yang lain di atas asas kasih sayang.
Jika suasana ukhuwwah yang dibentuk dalam mana-mana kumpulan atau Jamaah untuk ahlinya sahaja, sedangkan dalam masa yang sama meniupkan ruh permusuhan atau suasana kebencian terhadap kumpulan atau individu muslim lain atas apa saja alasan seperti menjaga kesatuan dan keutuhan Tanzim maka sebenarnya dia sedang membentuk suasana Taassub dan perbuatan itu adalah dilarang oleh Allah dan RasulNya malah merosakkan tujuan asal dia berjamaah atau bertanzim.
Kata-kata Ibn Taimiyyah sebagai Renungan:
“Dan Adapun Ketua Parti maka sesungguhnya dia adalah ketua bagi kumpulan yang terbentuk,iaitu menjadi Parti. Jika sekiranya mereka itu berhimpun di atas apa yang disuruh Allah dan RasulNya tanpa sebarang tambahan dan kekurangan maka mereka adalah orang-orang beriman, bagi mereka kebaikan yang mereka lakukan dan ke atas mereka keburukan yang mereka lakukan. Jika sekiranya mereka menambah (pada suruhan itu) atau mengurangkannya seperti berTaassub bagi sesiapa yang masuk kedalam parti mereka sama ada benar atau salah dan berpaling daripada sesiapa yang tidak masuk kedalam parti mereka sama ada di atas kebenaran atau kebatilan…maka ini adalah daripada perpecahan yang dicela oleh allah dan RasulNya .Sesungguhnya Allah dan RasulNya Menyuruh berjamaah dan berkasih sayang dan melarang daripada perpecahan dan perselisihan. begitu juga menyuruh supaya berkerjasama di atas kebajikan dan Taqwa serta melarang daripada berkerjasama di atas dosa dan permusuhan..”.(majmuk Fatawa)
Hakikat ini mungkin tidak nampak dalam suasana biasa… tetapi ia akan terserlah apabila berlaku khilaf dan pertembungan. Suasana tergugat, suasana terancam menyebabkan seseorang yang menamakan dirinya Daei malah pimpinan teratas kumpulan Islam terlupa bahawa seluruh isi surah al Hujurat itu untuk seluruh Muslimin bukan untuk ahli dalam kumpulannya sahaja.Antara isi kandungan surah al Hujurat:
1- Suruhan Tabayun: memeriksa dulu kesahihan berita apabila mendengarnya.
2-Larangan memperolok-olokkan orang atau kelompok lain
3-Larangan mencela orang lain
4-Larangan memberi gelaran atau label buruk kepada seseorang atau kumpulan.
5-Suruhan menjauhi prasangka buruk terhadap orang lain
6-Larangan Tajassus: mencari-cari keaiban orang lain
7- Menjauhi ghibah atau mengumpat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan