8.13.2009

Vokalis Kumpulan Rabbani Pergi selama-lamanya bertemu Ilahi






Bismilah..

Setiap yang bernyawa pasti akan kembali disisi Tuhan. Dua hari yang lepas keluarga terdekat saya telah kembali ke rahmatullah, saya tidak dapat untuk pergi menziarahi jenazahnya. Kerana Saya berada di Hospital Perubatan Universiti Malaya, membawa anak saya berjumpa dengan pakar. Menyusul pula berita semalam, Ust Asri vokalis Nasyid kumpulan Rabbani tanah air kita kembali bertemu Allah yang esa. Semoga Al-marhum ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh disisi Allah. Salam takziah buat keluarga Ust Asri. Pastinya kita yang masih bernafas ini harus perbanyakkan amal ibadat. Hanya amal ibadah sahajalah yang mampu menyelamatkan kita di akhirat kelak.


Mudah-mudahan kita tergolong seperti mana yang dinyatakan hadis Nabi diatas. Al-Fatiha buat Ust Asri ...pemergiannya amat dirasakan oleh semua umat islam di Malaysia

Keindahan Alam ciptaan Allah yang maha kuasa menunjukkan akan kebesaran dan ke agunganNya. Setiap hari kita bangun daripada tidur kita disinari dengan cahaya matahari yang terang lagi bercahaya. Setelah malam kita melelapkan mata untuk berihat. Pejam celip..pejam celip kita semangkin dekat dengan Ramdhan Al-mubarak, mudah-mudahan kita bertemu dengannya. Bulan rejab dan syahban menjadi tempat latihan untuk kita bertemu dengan ramadhan karim. Bulan ramadhan adalah tempat kita menduduki imtihan, yang mana di bulan inilah kita memperbanyakkan amalan seperti solat tarawih, tadarus Al-quran, solat sunat dan pelbagai lagi yang boleh kita lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.


Sahabat mukmin ku yang budiman, didalam medepani arus kemajuan yang kita kecapi pada hari ini, jangan kita lupa akan saudara-saudara kita yang berada di bumi Palastin, kehidupan mereka tidak sama dengan keadaan kita di Malaysia. Setiap hari ada sahaja letupan bom, kematian dan pelbagai lagi penindasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang membenci Islam. Aman dan makmur kita rasakan setiap hari seakan-akan kita sudah lupa penindasan Yahudi terhadap mereka. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam Uyghur di China. Permusuhan yang sudah lama terhadap umat Islam Uyghur, menampakkan golongan yang membenci Islam sangat-sangat tidak menyukai kewujudan masyarakat Islam uygur. Walhal masyarakat Uygur adalah antara peribumi yang terawal membuka kawasan-kawasan penempatan ketika pemerintahan Dinasyti Ming lagi. Sama-samalah kita doakan, agar kemenangan dan kesabaran menyusuri saudara-saudara kita sana. Hanya doa yang dapat dipanjatkan semoga Allah memberikan kemenangan yang besar atas jihat mereka.

Amiin ya Rabal A'lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan